Jom Click Sini

jom click sini

Monday, July 30, 2012

Review 1:Majlis Pertunangan

Salam Ramadan

 Dah hampir dua bulan bertunang,hari ini baru nak wat review majlis pertunangan.Walaupun majlis yang berlangsung simple tapi meriah dengan kehadiran sanak saudara dan rakan-rakan.

Review cost sekitar majlis pertunangan.


1)Baju
Baju songket warna pink,kainnya saya beli di Jalan TAR,memang bising mak saya,saya beli kain songket.Saya inginkan kembali kepada tradisional.Susah nak cari warna pink untuk kain songket,yang ada pun coraknya tak beberapa cantik....Agak lama juga saya cari kain songket ini,hampir 4jam saya pusing-pusing  cari kain songket...Harga 4m = RM80.00,upah jahit = RM120.00,Manik dekat tangan baju,kak saya yang jahitkan,cost =RM50.00.Krongsang pada baju =RM100.00

Total cost =RM350.00.

Saya buat baju kurung moden,baju ini boleh saya pakai waktu raya nanti.


2)Bunga Tangan

Bunga tangan,saya DIY sendiri menggunakkan kain Felt,Total cost lost =RM20.00 sahaja...Rasa nak sewakan sahaja,Tapi ada ke yang nak beli....


3)Makanan Dan Khemah

Makanan ibu saya yang masakan bersama-sama saudara mara,saya just keluarkan duit dalam RM1000.00.Sewa Khemah dalam RM300 untuk dua buah khemah..


4)Hiasan Hantaran..

Hiasan hantaran saya DIY sendiri bunga stokin,Bakal mak mertua saya siap puji lagi,Total satu bunga dulang RM5.00..Saya Buat 9 kuntum bunga dulung,Total lost =RM45.00 untuk bunga dulang.Hiasannya campur dengan bakul  saya habis dalam RM120.00 untuk 9 dulang hantaran




5)Hantaran

Hantaran waktu bertunang semuanya barang makanan kecuali baju nikah,
Tiga hantaran yang saya buat sendiri
1)Apom Palkadot
2)Home made coklat
3)Coklat oreo(Home made coklat)

Sape nak tempah boleh hubungi saya,saya pergi kursus untuk belajar buat home made coklat.Mesti sedapnya

6)Pelamin

Saya DIY sendiri juga,langsir untuk pelamin,Bantal tepi  dan hiasan depan saya DIY sendiri  ,bunga tisu..

Saya siap beli lagi bantal nikah pvc round ,sebabnya semua dah habis booking,saya beli dekat Semua House dekat Jalan TAR,ada sape-sape nak sewa,bolehlah pm saya

total lost =RM200.00


Tak ada gambar full view pelamin,ini sahaja nampak..nampak tak bunga tisu yang berwarna pink,putih dan biru,saya sendiri DIY.

7)MUA

Saya ambil kawan adik saya,oklah cuma saya tak puas hati dia mekap dekat mata tak beberapa cantik...
Total lost =RM100




8)OP

Tak ada OP,tapi ada kawan adik yang ambil,saya dah dapat hardcopy...cantik tapi tak ada semua perjalanan majlis.Total lost=RM100.00


Saya berpuas hati dengan majlis pertunangan saya.Insyallah untuk majlis perkawinan saya,mungkin banyak yang saya DIY sendiri,lebih jimat.













Sunday, July 29, 2012

Kasut Kulit Babi

Salam Ramadan...

 Hari ini sekadar ingin berkongsi cerita....4 bulan yang lalu,saya bershopping lah kasut di pusat membeli belah yang terkemuka di Subang Jaya,yelah saya beli yang cantik sahaja...tak check pun dengan teliti,nak cepat pakai ambil sahaja,balik sahaja rumah rasa tak sedap hati,check balik kasut, tengok -tengok ada tiga titik,mahal juga harganya...alamak kulit babi....






Untuk mengetahui hukum sekiranya tersentuh kulit babi klik di tepi "hukum tersentuh kulit babi"

Pengajaran yang saya dapat,berhati-hati sekiranya membeli kasut,beg dompet,check dulu..tak kira didalam atau diluar,kadang-kadang terselindung tempatnya.Biar lambat sedikit asalnya tak rugi..

Friday, July 27, 2012

Jar Cake door gift

Salam Ramadan...

Hari ini nak kongsi idea untuk door gift,jar cake...memang  menyelerakan....sesuai untuk orang yang bajetnya besar untuk door gift..









Nak tempah atau belajar buat jar cake boleh klik dibawah.


Nak tempah jar cake klik di bawah







Tutorial miniatures food - French Breads, Stawberries, Cake

 Sape nak memcuba,"Klik sahaja vedio dibawah"




                                      

Miniatures food

Salam Ramadan semua...

Miniatures food,apa tu? jom layan gambar je...


Sumber:google image

Sumber:Google image

Sumber:Google image

Sumber:Google image

Sumber:Google image


Mula-mula nampak macam betul sahaja tapi yang sebenarnya semuanya tiruan semata-mata 











Kaedah baru orang curi kereta

Salam Ramadan semua....


 Sejak motor kena curi saya lebih berhati-hati...ini saya ada baca satu artikel tentang teknik baru penjahat mencuri kereta..





Cerita Jumaat yg lalu.. info dari Muhammad Hanifa Hamdzah

Jumaat, Julai 06, 2012
AWAS!!! TEKNIK TERBARU CURI KERETA

Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur . Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.

Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.

Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.

Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik 'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.

Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.

Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.

sharing is caring is loving











berhati hatilah .....

Derma palestin

Salam Ramadan,


 Kita agak beruntung kerana dilahirkan di Malaysia,yang aman damai ,yang tidak ada peperangan, tidak mendengar bunyi bedilan bom.

  Sempena Ramadan ini marilah kita menderma untuk  umat islam diseluruh dunia.

                                                        Klik dibawah untuk aman palestin 
                                                               "Derma untuk palestin"

                                                              Klik dibawah untuk syria 
                                                                "Islamic Relief Malaysia"


 Allah berfirman yang bermaksud:
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261)


 Rasulullah bersabda:
“Sedekah yang paling utama adalah menggembirakan fakir dan dikeluarkan dalam keadaan sedikit harta. (Riwayat Ahmad).





                             

Thursday, July 26, 2012

Mas kawin dinar emas

Salam Ramadan semua...

Dinar emas sebagai mas kawin?, dinar emas itu apa? macam-macam saya tanya Encik Tunang....saya yang mencadangkan guna dinar emas sebagai mas kawin,saya pulak yang banyak tanya...

Perasaan tak,sekarang ramai pengantin menggunakkan dinar emas sebagai mas kawin diantaranya irma hasmie,3 dinar emas irma hasmie dapat  ,saya tak mintak banyak dapat satu pun jadilah....



Kenapa tak wang kertas sahaja?,bagi saya dinar emas ini satu pelaburan yelah,harga dia semakin hari semakin meningkat...

Tak percaya,cuba tengok harga pasaran hari ini "klik dibawah"



harga hari ini 27/7/2012 ,1 dinar emas = RM678.00".Harga pada tahun 2002 dianggarkan ,1 dinar emas=RM 140.00.

Betapa untungnya ada dinar emas,setiap tahun akan meningkat harganya...

Nanti saya akan survey lagi harga dinar emas...

P/s:Belilah dinar emas ditempat yang bertauliah,nanti takut kena tipu...





       




       


Tazkirah Pagi

Salam Ramadan



Renung-Renungkan 

Memaafkan


Memaafkan itu lebih indah dari dendam


Janganlah hanya satu kesalahan...
Kamu membenci seseorang itu habis-habisan...
Boleh jadi di ketika kamu sedang memikirkan 10 kejahatannya....
Orang yang kamu sangat benci itu sedang memikirkan 20 kebaikan kamu....
Sedang bersujud kepada Allah lalu mendoakan kebaikan buat kamu....



P/s: Buang yang keruh ambil yang jernih







Wednesday, July 25, 2012

Lagi Tutorial Quilled Flower



                                                    Selamat mencuba

Guest book seni Quilling

Salam ramadan,

   Saya tertarik dengan seni quilling  pada guest book,mesti ramai yang tak tahu apa itu seni quilling kan...Seni quilling dalam bahasa melayunya kraf  gulungan kertas,ia adalah satu teknik menggulungkan kertas dan disusun menjadi satu karya yang menarik seperti bunga daun.

Ini dia beberapa  karya seni quilling

sumber:google image 

sumber:google image 

Diantara Guest book

Sumber:google image


Sumber: google image

sumber :google image

nak cuba buat ,disini ada tutorialnya

"Click vedio di bawah"






                                                             SELAMAT MENCUBA


Tuesday, July 24, 2012

Kongsi Harta atau berkira

Salam Ramadan

Hari ini nak review sedikit tentang nuklin DR HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ dalam keluaran mingguan wanita terbaru,tertarik dengan artikel ini.Apabila saya asyik terfikir bahawa apabila berkawin nanti,si-suami yang kena sediakan semuanya...tak boleh share-share,artikel ini membuatkan saya terfikir bahawa perkawinan itu adalah perkongsian hidup diantara si suami dengan si-isteri.

    Berkawin adalah berkongsi segalanya,jika tidak sanggup berkongsi belumlah layak seseorang itu berkawin.

    Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila seorang isteri meyedekahkan makanan dari persediaan yang ada di rumahnya tanpa mengurangi keperluan rumahtangganya,maka si isteri itu mendapat pahala kerana dia yang menyedekahkannya dan si suami mendapat pahala kerana dia berusaha (menghasilkannya) dan seorang bendahari juga mendapat pahala tanpa berkurang sedikit pun."(muslim)"


    Berkawin itu bukan semestinya nikmat.ia datang dengan kesusahan,yang nikmat ,nikmatlah bersama,yang sakit tanggunglah bersama.Demikian juga halnya denagn harta benda,andainya sebelum berkawin masing-masing teleh memiliki sedikit sebanyak harta,ia boleh digunakkan bersama-sama setelah berkawin nanti.


Tetapi si- suami janganlah mengambil kesempatan,perlulah berusaha lebih ...


nak artikel penuh bacalah mingguan wanita...



Monday, July 23, 2012

Cincin Lelaki

            Masih ingat lagi perbualan dengan Encik Tunang 2 bulan yang lalu,Sayang-sayang ,sayang dapat cincin tunang,abang tak dapat ke?  saya yang tengah blur pun cakap,eh laki pun nak cincin tunang juga ke? alamak pening kepala saya..macam mana ni,laki mana boleh pakai cincin emas...pening-pening...saya bincang balik denagn encik tunang,saya jadikan cincin sebagai hantaran masa majlis pernikahan kami nanti...


        Saya tercari-cari lagi cincin untuk lelaki...nak cari cincin apa ini..terbacalah arkitek tentang cincin untuk lelaki di link ini " Klik sini"






      Daripada akitek yang saya baca: 


       Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:


"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".

Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.

Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.


Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.



      Saya tertanya juga,emas putih itu sama ke dengan silver?yelah saya ingat lagi..cincin tunang saya emas putih,siap makcik saya cakap cincin tunang saya silver,kecik hati tunang saya..penat-penat dia beli "silver orang cakap"...


      Search punya search saya jumpa satu artikel haram lelaki memakai emas putih "klik sini"

      
  

 Dalam arkiteknya:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Hukum Lelaki Memakai Emas Putih. Muzakarah telah memutuskan bahawa haram memakai emas putih ke atas golongan lelaki .
Hujahnya:
  1. Emas Putih adalah campuran logam emas dengan logam-logam lain dalam kuantiti yang berbeza-beza.
     
  2. Emas Putih adalah pancalogam yang berbeza dengan platinum walaupun dari segi warnanya sama iaitu putih. Hakikatnya logam platinum tidak mempunyai unsur emas.
     
  3. Jabatan Mufti Selangor telah memfatwakan bahawa hukum haram memakai emas putih sekiranya kandungan emasnya melebihi 50%.

        Jadi saya kena beli cincin perak atau cincin platiumlah....

        Tapi dimana ye disekitar selanggor ni ? ada sesiapa yang boleh cadangkan...




       


   



Cup cake

Salam ramadan

    Tengah hari ini just nak layan gambar cup cake.

     Diantaranya ialah cupcake buruqcupcake(Fb) memang cantik dan nampak sedap,cadang haritu nak tempah masa majlis pertunangan tapi jauh,dekat puchong...ini link dia
                                                 

                                                                    buruqcupcake





comelkan saya pun tergoda nak membeli




ada juga untuk gift 
Untuk majlis perkawinan sesuai juga untuk candy and cupcake table


Harga dia boleh rujuk fbnya,bagi saya berpatutan.







Mingguan Wanita Pilihan saya

Salam ramadan

      Saya suka membaca,masa lapang saya dipenuhi dengan membaca buku,novel,blog and etc.Majalah pilihan saya Mingguan wanita.


Saya mula membeli majalah ini selepas membaca di rumah kakak saya,orang kata majalah ini sesuai untuk orang yang sudah berkawin,tapi bagi saya tak.Majalah ini sesuai dibaca kerana kandungan dia yang banyak
memberi manfaat.

Diantara isi kandungannya ialah bahagian resepi,dulu saya memang kalo masak memang asyik tak menjadi,saya ikut resepi didalamnya,memang menjadi,contohnya macam mana nak buat laksam dan kuahnya,memang berbaloi-baloi untuk mencuba.

Selain itu juga,diantara kandungannya ialah memberi motivasi untuk golongan perempuan untuk memulakan perniagaan,didalam majalah ini menunjukkan ikon-ikon wanita yang berkerjaya,kisah hidup mereka daripada  hidup susah akhirnya mereka berjaya didalam perniagaan,contoh pengasas Sendayu Tinggi.

Saya rasa tak rugi untuk membeli majalah ini.












   

Pengangkutan Awam

Salam ramadan

       Baru je puasa,nak ingat balik,seperti setiap tahun saya balik kampung guna pengangkutan awam sahaja...Walaupun saya sudah berkerja dan mempunyai duit cukup untuk membeli kereta,tapi saya masih lagi tidak membeli kereta.


     Setiap kali balik kampung,pilihan pertama saya ETS,memang harganya mahal sikit tapi ada keselesaan dan cepat sampai..pilihan terakhir semestinya bus..

     Bukannya saya tak suka naik bus,tapi saya agak kecewa dengan pemandu bus,ada sesetengah pemandu bus yang sambil lewa,memandu melebihi had kelajuan,memandu sambil bergayut telefon.

    Saya pernah naik bus yang memandu terlalu laju,nasib baik tidak berlaku kemalangan .selepas itu memang saya serik menaiki bus..Tapi dah habis tiket ETS,terpaksa juga saya menaiki bus.

                          Bukan cepat sampai yang penting,tapi yang penting selamat sampai.

   

Sunday, July 22, 2012

Setiap masalah ada penyelesaiannya

Salam Ramadan 







Resepi Popia Goreng

       Haritu,adik saya ada minta resepi popia goreng,dia kata sedap kak ana buat...saya update resepinya: sorry tak ada gambar.

Bahan-bahannya:
-2 ulas bawang besar (potong dadu)
-1 sudu sos tiram
-2 sudu makan cili kisar
-3 ketul ayam(ambil isi dan cincang halus)
-2 ketul ubi kentang ((potong dadu)
-1 batang Lobak merah (potong dadu)
-4 batang kacang panjang(potong kecil)
-Telur dadar
-Bawang goreng
-Kulit Popia
Minyak
Garam
Gula(secubit)
-Air
Bahan anggaran sahaja..masak ikut rasa

Sos cicah
-2 ulas bawang merah,2 ulas bawang merah (dikisar)
-15Tangkai cili kering(Dikisar)
-3 Sudu gula
- garam(ikut rasa)
-1 keping asam keping 
-Air


Cara Memasak:

1. Panaskan minyak,masukkan bawang,kemudian cili kisar,masak sampai garing
2.Kemudian masukkan ayam.
3.Masukkan garam,gula dan sos tiram,diikuti ubi kentang,lobak merah.
4.Kemudian masukkan kacang panjang,tutup api apabila masak,jgn terlalu masak
5.kemudian ambil kulit popia,letakkan telur dadar,inti ,bawang goreng dan balut(letak air sedikit dihujung kulit popia supaya apabila mengorengnya tidak pecah)
6.Akhir sekali goreng dalam minyak yang panas dan angkat apabila kekuningan.

Sos Cicah
1.Panaskan minyak
2.Apabila minyak sudah panas,masukkan bawang yang dikisar,
3.Masukkan cili yang dikisar,masak sampai garing
4.Kemudian masukkan garam ,gula ,asam keping dan diikuti dengan air.
5.Masak sampai nampak  kuah itu pekat.
6.Angkat sedia dihidang


Selamat mencuba,



Wang baru Malaysia

Inilah dia wang baru (berwarna warni)


                                                                Ini Wang kertas baru

Ini duit syiling baru,saya lagi suka duit syiling yang lama .







Saturday, July 21, 2012

Kain felt dan pembekal

Salam Ramadan

        Semalam saya ada cakap nak wat review untuk kain felt.Inilah dia kain felt

Sumber:Google image

  
Kain felt ? Boleh wat apa je?
Macam-macam produk kraftangan boleh dibuat menggunakan kain felf..Contohnya

Penyepit rambut untuk kanak-kanak

Sumber:google image

Key Chain



Bunga tangan (HB)



                              HB kain felt daripada blog kak intan (cantik...saya suka-suka)




 HB Kain felt daripada Seni Qanasuri(dia ada juga ambil tempah g je fb dia taip  seni Qanasuri)

Bunga telur



sumber:Seni Qanasuri

sumber:Seni Qanasuri

Sumber:Seni Qanasuri

Macam mana nak cari kain felt?

Dekat kedai bunga banyak jual kain felt ini,1/2 meter harganya RM5.00 kalo beli dekat Seksyen 18 Shah Alam.kedainya  depan my din seksyen 18 ,bersebelahan kedai hardware.

Tapi biasanya saya beli dekat JALAN TAR sahaja,Kedai BUNGA namanya, depan Kedai Bata.Dekat sini Murah sikit 1meter Harganya lebih kurang RM7.80.ada jual bermacam-macam colour,ada yang polkadot...yang size A4 pun ada tapi mahal sikit harganya

Kalo yang duduk jauh susah nak cari kain felt bolehlah beli secara online

Click je dekat link bawah ni

                            sellandsold   

Masa mula-mula dulu teringin buat bunga tangan tak tahu kedai,saya click je dekat link dibawah...dapat beli secara online...dia ada sediakan link-link pembekal felt secara online.     
                            sewing n craft





Senang tidor

Salam Ramadan

Orang yang Pemaaf itu,
Selalunya senang tidor,
Boleh makan apa sahaja dengan berselera,
dan tinggal dimana sahaja bagai istana,
Justeru,
Jika sukar Tidor pada waktu malam,
asyik mengeluh tidak berselera dan suka merungut,
Tentang rumah yang kecil,
mungkin disebabkan oleh sikap kita
yang sukar memaafkan..


Renung-renungkan

HB kristal

Selamat petang blogger sekalian...

      Dulu  masa mula-mula tengok blog B2B,tertanya-tanya juga apa itu HB? ucapan happy besday ke...punyalah tak tahu...akhirnya baru saya tahu HB itu maksudnya handbouquet..cakap melayunya bunga tangan....

     Masa bertunang saya buat sendiri HB,saya guna kain felt....mesti ada yang tak tahu kain felt itu macam manakan....nanti saya buat entri pasal kain felt...apapun saya tunjukkan hb semasa majlis pertunangan saya...




2lah hb daripada kain felt...



   Semasa bersanding nanti saya nak guna fresh flower sahaja...bagi saya nampak cantik dan murah.....murah?? yelah saya sekadar beli 5 kuntum bunga ros jadilah...

 Apapun sebenarnya saya suka sangat HB daripada kristal ,cantik sangat...mula-mula cadang nak buat hb daripada kristal...tapi tak jadi...jom kita review bunga tangan kristal daripada google image



sumber:google image

sumber: google image

sumber:google image



sumber:Google image

Search punya search saya jumpa yang ini




cantik semua bunga tangan daripada http://idyllart.com/,bunga  Hb kristal yang dia buat cantik-cantik...dia ada ambil tempahan buat Hb kristal...cantik-cantik belaka