Jom Click Sini

jom click sini

Wednesday, October 31, 2012

Nasi dagang dan sotong sumbat

Salam semua,

Baru habis meeting,lega selesai  juga semua task yang bos berikan..

Mana ye area shah alam yang sedap nasi dagang dan sotong sumbat..

Dah lama tak makan,yang ada pun tak sedap..

Bakal mak mertua saya memang sedap dia masak nasi dagang dan sotong sumbat..dah lama tak makan Mak Incik Tunang buat.

Kan mana ye ada..

Make up atau tidak make up

Salam semua,

Semalam dalam perjalanan pergi event herbalife ..

Saya:Abang sayang dah lama tak make up,cantik tak sayang?

Incik tunang:Sebenarnya abang lebih suka sayang tak make up,sejak guna herbalife ini nampak lain sikit,tak   payahlah make up

Saya:Mana boleh nanti abang lari kalau sayang tak make up.

Incik tunang:Nanti satu dulang hantaran,abang bagi produk luaran herbalifelah..mahal kot harganya daripada produk yang sayang guna sekarang.

Saya: Tak mahulah..tak kan kawin pun herbalife juga.

Bagus juga produk luaran herbalife,haritu nampak kak suzie punya rambut cantiknya...dia guna shampoo herbalife.

Ayah saya kata kita kena berusaha,Insyallah dengan Izin daripadaNYA baru sesuatu itu terjadi...

Saya amalkan produk herbalife lengkap F1,F3,Teamix dan Aloe vera..Memang masalah kesihatan saya seperti resedung dah beransur pulih,memang bersyukur sangat,banyak lah yang berubah..kulit saya bertambah licin.Sekarang ambil Omega tiga.

Herbalife bukannya untuk kuruskan badan tapi lebih menjaga kesihatan,orang cakap lah boleh kurus pun tanpa ambil herbalife,terpulang...tapi saya nampak lebih bertenaga,sihat,kulit tambah cantik dengan herbalife.

Nak nampak kesannya ambil full set,barulah nampak perubahannya...Mahal? terpulang,ikut kemampuan masing-masing herbalife salah satu cara..sebab saya dah save my money untuk sarapan,makan malam,kecantikan dalaman..

Semuanya dengan Izin Allah,berdoalah kepada nya,kita sebagai hamba perlu berusaha..

Terkagum tengok Incik Tunang berlumba-lumba turun berat badan secara serius dengan saya,dulu gemuk tak hensem sangat..tapi sekarang hensem lah sikit..

p/s: nanti tak ada pulak yang baca blog saya...herbalife..herbalife...


Duit simpanan? macam mana nak ada?

Salam semua..

Tajuk entri saya hari ini,duit simpanan.

Macam mana nak ada duit simpanan? lah gaji saya sikitlah mana boleh nak simpan duit..bukannya gaji saya banyak,nak bayar kereta lagi,rumah sewa lagi,makan lagi,shopping baju baru lagi,beli make up lagi macam mana nak simpan duit?

Alasan semata-mata..

Saya tak nafikan tinggal di KL,Shah Alam memang cost sara hidup memang tinggi,nak bayar tol,duit minyak,duit parking kereta,belum campur lagi dengan kereta rosak,mak sakit,macam mana nak simpan duit.

Sebenarnya simpan duit dalam sebulan tak perlulah banyak,kalau gaji kita sikit,kalau kita tak ada duit just spend dalam sebulan dalam rm50.00,tak ada duit langsung rm10.00 pun jadi.Kalau banyak duit,simpanlah lebih.Pergi je simpan dalam bank,buat apa malu simpan sikit,sikit-sikit lama-lama jadi bukit..

Contohnya..

Dalam sebulan kita simpan RM50

                 Dalam setahun kita dapat spend=RM600(Kalau kita masuk ASB dapat faedah lagi)
                 Dalam 6 tahun kita dapat spend=RM3600

Nampak tak daripada sikit-sikit lama-lama jadi bukit,kata cikgu saya kalau kita tak mampu kumpul sikit-sikit,cuba bayangkan kalau kita daripada umur 20 tahun kita dapat spend rm50 sebulan sekarang umur kita dah 30 tahun katakan,kan dah kita dapat spend RM6000,kan dah banyak itu.

La duit asyik tak cukup je hujung bulan,macam mana nak simpan duit?

1.Semasa dapat sahaja gaji terus sahaja pergi bank untuk simpan duit,janganlah tunggu balance gaji kita baru kita simpan duit,memang lah tak dapat..biasakan diri kita..lama-lama terbiasa.

2.Ukur baju dibadan sendiri,banyak budak-budak muda yang fail bahagian ini yelah beli kereta bulan-bulan bayar mahal sebabnya nak nampak hebat,sebelum beli kereta sebenarnya cuba buat penyata kira-kira,apa tujuan kita ada beli kereta?tak payah lah beli mahal-mahal tapi kita tak mampu,sebab kereta benda yang cepat susut nilainya..jadi sebelum beli kereta ukur baju di badan sendiri.

3.Tak habis shopping baju-baju,ini satu lagi.tiap-tiap bulan nak shopping sahaja,pantang nampak sale ,rambang mata.Baju ini pun cepat susut nilainya,buat apalah beli baju tiap-tiap bulan lepas itu tak pakai,membazir,sebab itu duit pun tak dapat nak simpan.Cara tak nak rambang mata,setiap kali keluar jangan bawa kad bank,kredit kad pun jangan.just bawa duit sekadar keperluan sahaja,ini dapat mengawal diri kita daripada bershopping dan kalau nak pergi jalan-jalan hujung minggu janganlah pergi shopping complex mestilah duit banyak habis,pergi tempat riadah,berjoging ke,kan dapat menyihatkan badan.

4.Rajin-rajinlah buat amal jariah..

5.Perancangan kewangan kita itu penting,kita catatkan setiap apa yang kita beli,semua resit kita simpan dan kita tengok kembali kemana duit kita keluar,disitu kita dapat melatih diri kita agar bulan yang akan datang kita akan lebih berhemat belanja.Setiapa bulan sebenarnya penting sebelum kita dapat gaji buat perancangan perbelanjaan,apa yang perlu kita bayar,berapa banyak kita nak simpan,semua kita catat agar kita dapat kawal perbelanjaan kita,jangan tangguh bayar hutang nanti semakin banyak hutang kita..

Itu sahaja tipnya,duit simpanan penting untuk masa depan kita.

Kata cikgu saya:

Hargailah setiap titik peluh kita,jangan asyik nak boros bebelanja,buat sekadar ikut kemampuan sahaja.

Tuesday, October 30, 2012

cerita hari raya korban

Salam semua..

Tanpa saya sedari ada juga yang membaca blog saya ini,orang yang tak dijangka-jangka pun baca.Apapun thank kerana sudi membaca  blog yang tak seberapa ini.

Dah lama saya tak menulis disebabkan sibuk,pagi diofis sibuk dengan kerja yang tak pernah habis..
Seronok saya balik kampung raya ini,semua family saya balik...seronok sangat..

Saya balik kampung malam hari raya,naik bersama kak nombor dua,bertolak daripada Saujana Putra dalam pukul 9.00 malam,berhenti drive thru di KFC damasara,memang lama sangat menunggu.Saya berkorban masa saya diatas jalan,sampai Ipoh dalam Pukul 3.30 pagi.

Hari pertama hari raya korban,pertama kali ayah saya bawa balik kepala kerbau,terkejut mak saya,nasib baik lah mak saya ini semuanya boleh,Untung Ayah dapat isteri macam mak saya..Baru saya tahu banyak juga isi yang ada dalam kepala kerbau.Mak masak sup memang puas makan.Syukur dengan rezeki yang diberi kan.

Sebenarnya,daging korban  sepatutnya diberikan kepada fakir miskin,orang yang susah terlebih dahulu,baru lah ada nikmatnya.Saya teringat kenangan saya lepas SPM,memang hidup kami miskin,masa raya korban mak tak ada duit nak beli daging,masa itu saya berkerja di kedai kasut,semua bawa hidangan raya, apabila orang tanya,kenapa saya tak bawa kuih saya cakap mak tak masak lagi,tapi yang sebenarnya mak memang tak ada benda untuk dimasak kerana tidak ada duit,mak cuma masak nasi impit.Sedihnya saya..

Lepas dah merasa hidupnya susah,saya lebih hargai setiap hari raya..Sekiranya tak dapat daging korban,saya tak terkecil hati kerana,saya tahu di luar sana banyak yang tak mampu nak beli daging,saya sepatutnya bersyukur kerana dapat merasa makanan yang sedap setiap hari.Jadi berikanlah pada orang yang memerlukannya,jangan jadi tamak.

Petang raya,Abah sanggup pergi ke Bagan Dato semata-mata untuk ambil cucunya,memang seronok bermain dengan Alif.

Hari raya kedua,

Memang sibuk kerana,adik saya buat doa kesyukuran,mula-mula cadang nak elakkan diri,ikutlah Abah keluar,tapi balik sahaja tengok mak  sibuk sangat,kesian tengok mak,saya pun tolonglah apa yang patut.Memang seronok berkumpul dengan adik beradik.Mak pujilah abang ipar yang rajin menolong dia ,memang rajin ketika isterinya malas.


Hari ketiga,saya berkorban masa lagi..bertolak daripada Ipoh ke Kuala Lumpur daripada pukul 1.00 petang sampai pukul 6.00 petang memang stress,itulah saya suka naik kereta api,tapi malanglah kereta api tiket sudah habis..

Memang seronok saya balik kampung jumpa adik beradik.




Sunday, October 21, 2012

Kursus pra perkawinan part 2

Salam semua...

Alhamdullillah berjaya juga saya dapat sijil kursus pra perkawinan,jadi dah boleh kawinlah ni...gatal betul Cik Liana..

Memang penceramahnya tak membosankan ,memang seronok penuh pengisian..

Diantara tajuk yang dikupaskan  pada hari ini yang minat saya berkongsi ialah:

1.Kurangnya kasih sayang,kalau suami kita demam,maknanya dia kurang kasih sayanglah..

-Betul,saya kalau gaduh dengan Incik Tunang memang demam,saya ini jenis manja..Kalau saya demam maknanya saya gaduh dengan Incik Tunanglah..betul..apa yang penceramah cakap betullah..jadi Incik Tunang jangan banyak gaduh dengan saya ye lepas kawin..nanti saya asyik demam je...jadi untuk kurangkan stress,jangan gaduh lama-lama,cepat-cepat baik..

2.Kita bercinta berapa lama pun,tak tentunya kita mengenali pasangan kita..baik kita bercinta lepas kawin.

-Betul,saya pun dah proses mengenali Incik Tunang,walaupun kami bercinta hampir 6 tahun lama nya,tapi masa bertunang ini memang menguji kesabaran kami,tapi Incik Tunang yang paling saya respect dia memang orang yang sabar daripada sayalah.(dia bijak sana dalam menyelesaikan masalah,tak ada pun dia ikut cakap saya,,tapi dia ada style dia dalam menyelesaikan setiap masalah),Orang tua cakap jangan bertunang lama-lama betul lah itu..Incik Tunang jom kawin cepat(Nasib baik Incik tunang tak baca blog saya)

3.Penceramah cakap lagi dalam rumah tangga asa yang paling penting ialah agama,itulah kunci yang paling penting dalam rumah tangga.Apabila kita jaga solat,zakat,melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilanggar,Insyallah perkawinan kita diberkati.Banyak lah lagi pasal agama yang diterangkan tadi.Memang banyak input yang berguna saya dapat

4.Kita dah bayar zakat tak? mesti ramai yang tak tahu,gaji lebih daripada RM1500,wajib membayar zakat pendapatan,Kadang-kadang ALLAH uji kita dengan bermacam-macam perkara,seperti tak dapat anak,bila diselidik balik,kita tak pun membayar zakat.Tak luak pun gaji anda sebenarnya dengan membayar zakat,bukannya mahal..baju mahal mampu kita beli,inikan mengeluarkan zakat.Kalau tunggu duit cukup,memang tak pernah cukup pun.Mesti ada yang tak tahu apa itu zakat pendapatan..saya tak reti nak mengulasnya Jadi untuk  keterangan lanjut,sila hubungi pusat zakat berdekatan.

Itu sahaja yang saya dapat kongsikan.

p/s:Macam nak kawin cepat je,nak dapat pahala apabila kita layan suami kita,macam -macam pahala yang kita dapat kalau kita dah berkawin.Memanglah orang cakap berkawin ini bukannya semuanya manis,ada yang pahitnya.

Semoga segalanya dipermudahkan.amin..

Saturday, October 20, 2012

Mahalnya

Salam semua...

Petang tadi telefon mak...(betapa mak tak boleh tidor kalau tak dengar suara saya,anak manja)

Perbualan antara mak dan saya

Mak:Ana mak rasa kan mak nak ambil katering dengan Kak Ani ,dia ada buat katering..tadi mak makan masakan dia..sedapnya

Saya:Ok ke servicenya?

Mak:La bantu adik beradik,yang kurang kita tambahlah,starting harga daripada RM6.00 keatas,ada percuma 200pax

Saya:Dia tinggal dekat mana?

Mak: Dekat Taipinglah,la saudara belah mak

Saya:Mak jauhlah

Mak:La dia dah biasa tempat jauh-jauh ini.

Nampak,memang mak dah nekad lah nak pilih katering itu...apapun janji mak bahagia.siapa yang boleh buat mak kita bahagia selain daripada kita kan.

Tadi sembang dekat peserta kursus dia tinggal dekat TTDI,dia kata dah full booking dewan sampai hujung tahun ini..siapa yang nak booking dewan cepat-cepat booking ok..nanti tak kawinlah pulak

Dia habiskan RM8000 semata-mata majlis pertunangan nya..mungkin cincin harga mahal kot..dia cakap katering dekat shah alam ini mahal..starting harga rm10.00 patutlah habis banyak..

Shah alam ini,mana ye katering yang sedap+ murah..Incik Tunang tengah cari..kalo ada bagitahu ye..

Sembang punya sembang,badan dia kurus saya cakap minumlah herbalife..

dia tanya:herbalife bukan untuk kuruskan badan ke?

Saya jawab:La bukanlah,orang sakit pun boleh minum herbalifelah..herbalife makanan nutrisilah..

Dia tanya lagi?

mahal ke?

Saya jawab,nanti kita cerita..

Ramai yang tanya mahal ke tak?

Bagi saya ,saya buat business dengan herbalife jadi makan murahlah..

Rumah sewa saya,saya dah tak shooping barang basah..sebab sejak guna herbalife ini tak rajin masak..

Dulu saya suka masak,daripada makan di luar,tapi saya tak suka makan makanan yang dimasak semalam dan dipanaskan..Kiranya sejak ada herbalife..duit makan saya save sikitlah...orang tanya murah sangat ke? kalau bagi orang yang suka makan..selepas dia minum herbalife..memang dia cakap save duit...

Haritu tanya Incik Tunang,nanti kalau dah kawin

Abang,kalau macam ini malam sayang tak payah masaklah minum shake je...

Incik Tunang jawab: Eh mana boleh abang nak juga saya masak..

Saya: La(pemalas sungguh saya)

Herbalife:Easy + save money+ healthy

p/s:Apa lah Liana ini,pergilah tulis dalam blogspot satu lagi...Nanti saya akan update macam mana nak naik berat badan..tapi bukan dalam blog ini lah..blog satu lagi..nanti orang bosan pulak..saya asyik cerita herbalife..


Kursus Pra perkawinan part 1

Salam semua,

Hari ini hari pertama pergi kursus pra perkawinan,esok ada sehari lagi kalau tak pergi memang sia-sia sahaja pergi hari ini..

Enteri sebelum ini saya ada menceritakan saya nak pergi kursus kawin di Bangunan Sultan Idris Shah,nak alamatnya boleh sahaja masuk laman webnya.kursus-pra-perkawinan-area-selanggor
Berurusan dengan mereka memang senang,nak tukar tarikh kursus pun senang,memang service yang elok.

Banyak ilmu yang saya dapat hari ini,memang pun  patut pun diwajibkan mengambil kursus pra perkawinan ini.

Siapa yang nak kawin pergi cepat kursus perkawinan,nanti tak boleh kawin.

Service makanan memang ok,saya hanya makan tengah hari sahaja tadi..

Ingat pesanan jangan duduk berdua-duaan semasa kursus dijalankan,duduk asing-asing ok

Ada peserta tanya u diet ye tak makan pagi?lihat saya tak makan pagi,yelah kursus ini ada provide makan pagi,tengah hari dan petang,jadi jangan risau pasal makanan.

Saya jawab:Saya dah makanlah pagi tadi di rumah,saya minum shake sahaja..

Kalau sebelum ini,kalau saya pergi mana-mana kursus memang saya asyik nak makan sahaja,yelah,kalau lewat makan sikit saya mesti perut masuk angin dan esoknya saya kena makan dua kali ganda..

Alhamdullillah sejak minum shake ini,perut saya tak meragam lagi,rasa kenyang sampai tengah hari,tanya saya bagaimana nak shake jadi kenyang.Change my life herbalife

Bersyukur dipertemukan dengan produk ini,sepanjang kursus berlangsung saya lebih bertenaga dan tak mengantuk.

Asyik-asyik herbalife je..

Sesiapa yang mahu naik,kurus dan maintain berat badan bolehlah pm saya.dan tengok blogspot saya dan Incik tunang  dekat side bar disebelah..

p/s:sorry dah macam bukan entri kursus pra perkawinan lah pulak,tak apa.esok saya update keseluruhan majlis






Thursday, October 18, 2012

A touch of love,a touch of life


Salam semua..



Bantu mereka untuk menjayakan kempen ini,Let go..Mana tahu sumbangan anda dapat membantu mereka kembali tersenyum.

Monday, October 15, 2012

Tukar kerja ke tak?

Salam semua...

Sebelum ini saya asyik fikir  nak tukar kerja je,yelah nak gaji lebih tinggi...nak kumpul duit untuk beli rumah...

Tapi yelah saya baru sahaja ada pengalaman berkerja dalam setahun setengah,masih lagi baru...Kalo nak gaji tinggi,mestilah pengalaman kena banyak...Kalau engineer biasanya sekurang-kurangnya pengalaman kena lebih daripada 2 tahun,dan complete satu projek..barulah gaji banyak.

Ramai juga kawan-kawan saya yang mesej-mesej nak tukar kerja sebab nak gaji lebih sikit..Tapi saya tengok kalau pengalaman bawah 1 tahun,kenaikan gaji hanya RM200 ke RM500..bagi saya memang tak bebaloi..yelah disini saya banyak kemudahan yang bos saya bagi..walaupun gaji tak banyak mana..


Dulu memanglah saya rasa nak berhenti sahaja kerja ini ..Tapi bila saya hitung-hitung untung juga saya..Waktu balik flexsible,masuk pukul 8.45 pg balik pukul 5.30ptg,cuma kadang-kadang sahaja balik pukul 7.00malam.Kerja kadang-kadang sahaja yang banyak.Disini buat salah tak teruk sangat kena marah yelah Saya junior Site Engineer,masih baru.

Disini saya masih lagi belajar,macam-macam belajar..yelah saya jaga projek besar jugalah..jadi terasa rugi jugalah nak pindah..Tapi kalau ada sesuatu yang saya tak suka saya pindah juga.Kawan-kawan saya ada juga yang gaji tinggi,tapi saya tengok macam selalu stress je..yelah orang bayar u gaji tinggi mesti dia nak kerah tenaga u habis-habisan..

Akhirnya saya buat side-income bersama dengan incik Tunang,bantu dia..beri semangat dan turut serta dalam pelbagai event anjuran herbalife..

Diluar sana, jangan asyik-asyik kita mengeluh..tak cukup duit..tak salah kita buat side income untuk tambah pendapatan..tak salah mencuba..carilah ruang perniagaan yang betul-betul boleh masuk dalam jiwa kita..buang je perasaan malu..sebelum buat side income study betul-betul jangan nanti kita yang rugi...banyak peluang perniagaan yang ada diluar sana..cuma kita kena bijak dalam memilih...



Saturday, October 13, 2012

Pentingkan ibu bapa apabila kita bercinta

Salam semua..

Sebenarnya saya tengok ramai remaja zaman sekarang yang hanya pentingkan GF@BF daripada ibu bapa sendiri..

Saya rasa sedih sangat,apabila mereka meminggirkan kedua orang tua mereka dalam bercinta,mereka beranggapan cinta adalah segala-galanya..Tapi cinta mereka tak pasti pun..memang seronok bercinta itu..tapi cinta yang abaikan kedua orang tua adalah cinta yang tak pasti sebenarnya..

Apabila,ibu dan ayah minta duit...selalu cakap tak ada,tapi bila beli hadiah untuk GF&BF ada pulak duit...sedih saya..lihat  remaja zaman sekarang..hanya inginkan perhatian dan dihargai oleh GF&BF..
akhirnya GF&BF tinggalkan kita juga kalau kita tak dapat penuhi permintaan mereka,apabila kita tak ada duit..akhirnya kita kembali juga pada mak dan ayah kita...ayah dan mak kita pun terima lah kita walaupun kita sering sakiti hati mereka...

Ada juga orang yang cakap...La hang tak rasa macam mana aku rasa..memang lah...cakap je senang...Semuanya saya dah rasa...dulu pun saya bodoh macam itu...tapi tak lah bodoh sangat..cinta dahulu kala...

Tapi saya berubah,Alhamdullillah...rezeki saya bertambah-tambah...ada juga yang cakap..la saya belum berkawin...bolehlah cakap besar..La...jangan lah doakan saya begitu...doakan lah semoga saya dimurahkan rezeki dan beristiqamah dalam membantu orang...amin...

Ingatlah apabila kita berbuat baik kepada kedua orang tua kita..dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan pembalasan..Insyallah dibalas dengan kebaikan..

Saya tak pernah pun beri hadiah untuk Incik Tunang...orang cakap kalau kita tak bagai hadiah,maknanya dia akan rasa kita tak hargai dia..tapi saya percaya sekiranya dia adalah jodoh saya tetap jodoh saya...kalau dia bukan jodoh saya,macam mana kita berikan dia tetap bukan jodoh saya..

Insyallah akan ada hadiah untuknya lepas menjadi yang halal..semoga segalanya dipermudahkannya..amin

P/s: Niat hati tak ada pun nak terguriskan hati sesiapa..sekadar renungan bersama

Bersyukur dengan rezeki daripadaNYA...

Jangan bagi alasan

Salam semua

Minggu ini sibuk dgn event herbalife

Petang ini ada event di PWTC...jumpa anda disana..

Tiba-tiba teringat perbualan saya dengan Incik tunang...

Cerita pertama

Liana: Abang-abang sayang tengok ada orangkan buat berniaga homemade coklat..nak buatlah..dah kira banyak untung..

Incik Tunang: Buatlah sayang,abang tak larang..

Liana: Tapi sayang tak ada peti ais lah..Tunggu selepas kawin lah...

Incik Tunang:Ikut suka hati abang sayang tak paksa..

Cerita kedua

Liana:Abang-abang sayang nak belajar menjahitlah..sayang tengok orang menjahit baju...banyaklah dapat duit...

Incik Tunang:Buatlah sayang,abang tak larang..

Liana: Tapikan sayang nak letak mana mesin jahit..kan sayang duduk sewa rumah...Tunggu Lepas kawin lah

Incik Tunang:...mmmmmmmm

Cerita ketiga

Liana:Abang-abang sayang tengokkan ramai B2B dalam blogger itu buat bunga pahar..macam ada untunglah..nak buat lah..

Incik Tunang:mmmmm(dalam hati dah malas layan)

Kesian orang yang dapat tunang macam ni...

Akhirnya tanpa paksaan..saya join herbalife...change hidup saya...

Hubungan saya dengan Incik Tunang pun semakin rapat..kalau dulu saya tak menyokong apa yang  Incik Tunang buat...sekarang kemana dia pergi saya sentiasa bersama dengan dia..menyokong dia dari belakang...ketika dia  jatuh saya sentiasa memberi semangat untuk terus bangun dan bangun ...bersyukur atas ujian yang diberikan olehNya..

Semalam Incik Tunang tanya..Sayang bila nak beli Katil....La tunggu dulu...sibuklah...Incik Tunang pulak excited..^_^

Semoga segalanya berjaya dengan lancar...dan saya dilindungi daripada hasad dengki manusia..Amin

Senyum dapat menjaga kesihatan otak...



Friday, October 12, 2012

Rezeki

Salam semua..

Ada ke orang baca blog saya ini...apapun...layan je...

Sembang diantara saya dengan Incik Tunang...

Saya: Abang-abang kawan-kawan sayang yang kawin tahun ini semuanya dah mengandung...Jom kawin tahun ini...^_^

Incik Tunang: La kan itu rezeki mereka,tak semestinya kalau kita kawin tahun ini,kita akan dapat anak...sayang-sayang...

Saya:Mmmmmmm

Incik Tunang pun sabar je melayan saya..ada sesuatu yang istimewa ada pada dia...yang saya jatuh hati...(Rahsia)..

Incik Tunang dia tunggu adik perempuan dia balik,barulah kami dapat berkawin...

Semoga segalanya dipermudahkan..


Thursday, October 11, 2012

Rubber stamp saya dah siap

Salam semua...

Dah lama sebenarnya saya nak rubber stamp untuk wedding saya...lama juga mencari..last kali saya give up..tapi mujurlah ada seorang b2b post yang dia buat rubber stamp..jadi dapat juga saya buat rubber stamp...nak tahu saya nak buat apa dengan rubber stamp ini? tunggu nanti lepas wedding saya review...

Saya buat rubber stamp ini di

Alamatnya

Imej Lestaru Kreatif sdn bhd..
14-a,1 Floor,Jalan Bunga Tanjung 2/16,Seksyen 2,40000 Shah Alam.
No tel:03-55102290

Service dia pun ok...cepat prosesnya... saya hantar hari sabtu..hari rabu dah siap..tapi saya tak ambil kerana masa tak ada..

Tengok cikit-cikit je dulu rubber stamp saya..

Save bajet saya...

Baru saya perasaan dalam nama danial ada nama liana...semoga segalanya dipermudahkan..amin..


wedding update

Salam semua..

Sibuk saya sejak akhir-akhir ini,selalu balik lewat petang...malam pulak buat bunga pahar..dah hampir nak siap 50 bunga sahaja...diorang kata lambat lagi...jadi tak perlu risau..tapi rasanya pejam celik-pejam celik  je...

Rubber stamp saya sudah siap,nanti saya buat entry tentang itu...Insyallah bulan ini pergi kursus kawin,tempat nya dah pun booking sekitar Shah Alam sahaja,patutnya minggu lepas pergi tapi keadaan yang tidak mengizinkan untuk saya dan incik Tunang pergi...Semoga segalanya dipermudahkan...amin...

Apabila orang mendoakan kita mendapat kecelakaan dikemudian hari...janganlah kita mendoakan perkara yang sama..sentiasalah berdoa agar dia dipermudahkan urusan dikemudian hari dan dimurahkan rezeki...amin...