Jom Click Sini

jom click sini

Thursday, November 29, 2012

Hanya DIA yang tahu


Rumah idaman

Good morning...

Saya kerja dekat syarikat developer...

Seperti biasa,sebelum launch bos akan tanya staff-staff samada nak beli atau tidak...

Haritu big bos jumpalah saya,promote dekat saya samada nak beli apartment atau tidak..beria-ria dia offer..

Kebiasaannya kitorang dapat diskaun dalam 10%,maknanya tak payah downpaymentlah...tapi kena buat perjanjian berkerja dengan dia selama 5 tahun...

Ramai staff cina yang beli...bukan beli untuk tinggal pun tapi pelaburan..memang untung...pelaburan hartanah ini..tapi kena ada ilmulah...tak ada memang tak bebaloilah...

Kitorang staff memang dapat harga yang rendah...lepas sahaja launch harga rumah naik hingga 10-25%..jadi memang bebaloi-baloi...sesiapa beli dengan bos..

Sebabkan projek yang sedang saya jaga dekat pusat bandar..memanglah bebaloi..depan hospital swasta...lepas itu sekolah Antrabangsa..syarikat saya yang bangunkan...memang bebaloi..

Tapi kenapa saya stay tak mahu beli?

Bos saya tanya..rugilah awak tak beli?

Saya cakap nak beli rumah atas tanah..

Bos saya cakap senang masuk pencuri...

Memang saya suka  tinggal di service Apartment...memang selesa (kan sekarang saya tinggal di Service Apartment) tapi saya tak suka tunggu liftlah...dah lah tinggi...

 Tapi kenapa saya tak beli,walaupun untuk pelaburan?

Saya tak suka buat kerja yang tak ada perancangan...jadi lepas kami kawin insyallah ada perancangan ke arah itu...kena dalami ilmu Hartanah dulu lah...kan..

 Rumah idaman saya?

Kalau boleh saya nak rumah banglo...tak kira lah dapat ke tak...tapi mestilah kena ada impian baru boleh dapatkan...

Sumber google lah..

 
 Kalau tak dapat yang dua tingkat satu tingkat pun jadilah...hehehehe....

Insyallah One day....Amin..


 




Kenapa saya jarang update progress kawin

Sesiapa baca blog saya tentu bosan...tak lain herbalife...dah kalau perasaan saya jarang update progress kawin saya...

Tahu kenapa?

Incik Tunang selalu baca blog saya....

Lagi satu,saya dah malas nak stress dia pasal cerita kawin....

Yelah orang laki ini semakin hari nak dekat ,semakin stress...

Stress pasal duit,tanggungjawab...macam-macam lah...nervous...

Nanti lain pulak jadinya..

Jadi buat selamba je....

Tak lah selalu excited nak kawin sangat(Pada hal memang excited nak kawin)

Nanti dia tanya baru jawab..tak tanya buat bodoh je...

Jangan bagi dia stress-stress...

Tapi progress tetap jalan lah...

Ya Allah engkau permudahkan lah urusan kami menuju jalan yang diredoi oleh mu..Amin...

Monday, November 26, 2012

Petua merapatkan hubungan suami isteri.

 Salam semua..

Ini saya dapat daripada blog Puan May (May) 
 
Pergilah sergah blog beliau,saya selalu singgah..memang menarik baca blog beliau ringkas tapi penuh makna..jadi pergilah serbu...saya share ini sebabnya..bagi panduan untuk family saya dengan incik tunang.. diorang memang selalu singgah blog saya..tapi tak mengaku..

♥ Petua Merapatkan Hubungan Suami Isteri ♥

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. WOW!

25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. I Love u too..

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya. Yeay!

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Belajarlah berdikari....

Salam semua...

Sembang dengan budak ofis...siap diorang gelak lagi..sebabnya..kan sebelum ini saya cakap nak bagi sesuatu pada Incik tunang masa kawin nanti...

Liana mana ada orang buat..hang ini apalah...saya tahu kegemaran Incik danial..jadi saya nak bagi barang 2 sebagai satu hadiah..apa dia? rahsialah...

Blogwlaking...seronok baca blog-blog yang lepas kawin hidup bahagia...ada yang bunting pelamin...tahniah saya ucapan kan...jelous saya...mak saya cakap jangan jelous-jelous...nanti hang pun akan dapat apa yang mereka dapat...love so much my mother....

Ok...balik pada tajuk tadi...

Kenapa perlu berdikari?

Saya mula berdikari masa umur saya 16 tahun lagi,lepas je umur saya  18 tahun...semua saya nak saya guna duit saya sendiri...kalau saya nak berjalan ke,saya berusaha untuk dapatkan dengan guna duit sendiri...

Semasa ceramah haritu krusus kawin penceramah ada cakap tinggal lah sedikit keraguan di hati kita,agar suatu hari nanti..kita tak akan rasa jatuh tersungkur apabila kita dikecewakan...

Berdikari ini penting,sebenarnya...itu sebabnya saya stay akan berkerja walaupun dah kawin nanti..kadang-kadang saya suka menyakat Incik tunang,saya nak berhenti kerja lepas kawin..tapi saya happy apabila berkerja walaupun stress..tapi rakan ofis yang kelakar...jadi seimbang denagn kerja..

Berdikari itu penting kerana,kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang...contohnya..suami kita mati,suami kita curang...suami kita tinggalkan kita...bukan nak fikir negative..tapi sediakan payung sebelum hujan..

Sementara masih ada,layan dia dengan sebaik mungkin..layan suami dapat pahala tau...seronok kan kawin..layan suami pun dapat pahala...bila lah nak kawin ini...heheh...kalau apa-apa terjadi belakang kira..sebab kita dah buat yang terbaik...sentiasa berdoa bahagia berkekalan..tapi cuba belajar berdikari...itu je..faham tak?

Itu sebabnya..kita mesti ada duit simpanan,insuran nyawa..nampak benda ini remeh tapi benda inilah yang akan bantu kita pada suatu hari nanti...percayalah...berdikarilah jangan terlalu terleka...

kenapa perlu ada insuran? saya bukan agen insuran tau...benda yang baik apa salahnya saya kongsi....jangan cari saya untuk insuran tau,...cari saya untuk herbalife sahaja..

Insuran ini penting..dulu saya mana percaya insuran..yelah...bazir duit sahaja..tapi sekarang kan kos perubatan dah mahal...kadang-kadang kita tak mampu nak bayar kalau kita tak ada insuran..lagi..kalau kita kemalangan insuran lah cover...anggap insuran macam duit simpanan kita...memanglah kita rasa terbeban kerana duit banyak keluar..tapi percayalah suatu hari nanti ia kan membantu..

Tapi carilah insuran yang bertualiah....dan di yakini..jangan cari yang kena tipu...

Jadi sediakan payung sebelum hujan ok...





Sunday, November 25, 2012

Alasan yang tak logik

Salam semua...

Saya turut sempati,atas berlaku pada B2B...semoga tabah menghadapi hari-hari mendatang..Insyallah ALLAH merancang sesuatu yang terbaik untuk dia...amin...

Diantara alasan yang tak logik apabila berlaku curang dan pisah....

1.Tak serasi la dan dia membosankan lah

Secara logik akal lah kan,dah bertahun-tahun bercinta kenapa baru sekarang cakap tak serasi...kenapa tak putus je dari dulu? saya pulak terlebih emo

2.Dia terlalu mengkongkong lah\

Ini satu lagi dah tahu dia ini selalu kongkong u..tinggal je daripada dulu...la hati perempuan mula memang lah selalu cakap tak boleh lupa tapi kalau u cakap elok-elok dia akan dengar cakap u...dan u tak payah pening-pening kepala...

3.Dia cemburu buta lah..

Ini satu lagi,mana perempuan tak cemburu,kalau asyik-asyik u teringat dekat orang lain...pagi petang...teringat orang lain...bergayut dengan orang lain..memang lah dia cemburu...tak mahu bagi orang perempuan cemburu..tinggalkan sahaja perempuan itu...kalau perempuan itu bagi u bahagia..ambil je permpuan itu...selesai kes cemburu buta..senang kan...

4.Saya jatuh hati pada orang lain..

Ini satu lagi...kadang2 keliur perasaan...bila kita tengok orang itu manja,ceria dang tergoda..kita terus terpikat dengan dia..kita cakap alangkah indahnya kalau aku dapat dia...tapi pada hakikatnya lain....kita tak akan dapat apa yang kita ada bersama dengan orang yang dah lama kita bersama...cuba fikirkan..dia dah lama bersama dengan kita...tapi tak boleh ke kita hargainya..

5.Dia demand tinggi lah...

Ini satu lagi dah tahu dia demand tinggi kenapa kita masih jaga dia bertahun-tahun....senang tinggalkan dia daripada awal..kan senang..kita dah tahu kan..

6.Saya dalam proses mengenal hati budi nya..

Ini lagi satu..tak kan bertahun kenal,tak kenal hati budinya..ingat hati u baik je nak dapat yang sesempurna mana..cerminlah muka sikit......

Ini diantara pengalaman saya dengan kawan saya suatu ketika dulu....(ops jgn Incik tunang baca cukup)

Wahai lelaki....

Jadilah seorang yang betul-betul lelaki.....

Andai sudah kita pahat nama kita di hati dia,
Jagalah ia...
Sebaiknya..
Kerana itu Amanah daripada orang tuanya..

Sekiranya..
Tidak kita suka seseorang janganlah kita ambil hak sepatutnya...
kerana hak itu hanya untuk bakal imamnya...

Memang perempuan itu garang kerana..
Ia hanya inginkan seorang yang benar2 menjadi imamnya...

Andai kita lukai hati orang yang kita sayang,pasti suatu hari nanti..
Anda juga yang akan rasa..
Kerana Janji olehNYA,sesuatu yang pasti..

Jadi seorang perempuan jagalah maruah diri kita...berilah kepda yang betul dan sah menjadi milik kita...kerana janji sesorang hanya  manis dibibir...sahaja...kalau dia betul-betul sayang kita...pasti dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi yang halal baginya...walaupun saya belum berkawin..tapi persekitaran saya,saya dapat lihat yang halal itu lagi seronok...

Ya Allah ,aku yakin dengan setiap perancanganmu...kerana Islam itu Indah....




Allah sentiasa ada disisi kita

Salam semua..

ALLAH sentiasa sayang setiap hambanya...

Apabila di duga ...saya jadi lemah...

Tapi saya lupa..dugaan yang diberikan olehnya...hanya sedikit sahaja...sedangkan diluar sana..

sedangkan di Palestin...lagi kuat penderitan mereka...tapi mereka tabah..munasabah saya sekejap...

Apalah sangat...terlalu sedikit..

Saya cuba munasabah diri...

Kerana saya yakin...ALLAH duga saya kerana ALLAH sayang saya..

Kerana dia mahu berikan sesuatu yang terbaik untuk diri saya...

Kerana perancangan ALLAH lebih rapi daripada perancangan saya...

Betul lah orang yang sentiasa sayang kita ialah ALLAH...

ALLAH sentiasa sayang hamba-hambanya..walaupun berkali-kali kita ingkari perintahNYA.

Tanya diri kita hari ini,adakah kita patuh pada perintahNYA...

Janji manusia hanya sementara...Tapi janji ALLAH,janji pasti....

Saya menulis bukan bermakna saya baik...tapi apabila saya menulis saya untuk ingatan diri saya..agar apabila saya terleka...saya akan ingat sekali...

Mungkin saya membosankan...tapi..pasti ada.....

Saturday, November 24, 2012

Bunga tangan stokin

Salam semua...

Macam mana progress majlis perkawinan?

Hujung minggu ni saya penuhi dengan buat bunga tangan dariapa stokin...hampir 50 % siap,tetiba rajin pulak..Inspirasi?Jom layan gambar daripada google...




Sumber google...cantik kan tapi saya buat tak la secantik ini...


Sumber google..cantik kan...idyllart ada menerima tempahan bunga stokin..pergilah serbu laman webnya

Sumber google...memang jatuh cinta saya

Sumber google...dan lagi...cantiknya

Cantik kan ,saya punya hasil? tunggu lah nanti tak ada kejutan pulak..tapi tak lah secantik diatas...tapi janji saya puas hati...saya gabungan kan inpirasi daripad dua laman web diatas..



Thursday, November 22, 2012

Durian Crepe

Salam semua...

Wa nak buat juga durian crepe,tapi tunggu balik kampunglah....resepinya dah ada..ambil daripada blogger terkenal Cik epal. Cik Epal....dah lama teringin...

Resepinya..

Kulitnya

250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur
 
Fillingnya
 
 1 cawan whipping cream
 Isi durian

Cara-caranya tengok lah blog Cik Epal...ye...just salin resepi sahaja..

Dah lama saya teringin sangat Durian Crepe ini...sejak Hilda's Bakery post dalam facebook..tapi dia tinggal di Kulai,Johor..Jauhnya..Sesiapa yang tinggal di Johor bolehlah add Facebooknya..HildasBakery
 
Tengok gambar daripada FB hildas Bakery
 
Sedapnya.. 

Kat Shah Alam ada jual tak?

Selalu sahaja dia post dalam fb...
 


Gps letak dekat motor

Salam semua...

Macam mana hari ini lebih baik daripada semalam tak?

Satu yang saya belajar hari ini,sekiranya ada orang tegur tentang kesalahan kita,cuba ambil positive thinking...sekiranya benda itu baik..apa kata kita berubah....

ok...hari ini sebenarnya saya kena gelak sahaja dengan budak ofis...hahah...dah jadi macam katak bawah tempurung sahaja...



Ceritanya macam ini...

Tadi saya tengok lori syarikat,saya jadi heran kenapa banyak sangat kuncinya dekat hand break..saya tanyalah

Saya: Banyaknya kunci

Pak Azhar: Hang tak tahu ke lori ini kena curi sebulan yang lepas..

Saya: Ha? kena curi? kalau kena curi macam mana boleh dapat balik?

Pak Azhar: La ,hang ini...ofiskan ada pasang Gps dekat lori ini,lepas je aku bangun pagi tengok lorry tak ada,aku telefon ofis...ofis pergilah semak Gps dekat mana kedudukan lori ini..akhirnya dapat juga dijumpai...

Saya: Wa baru ku tahu ada macam ini..saya secara sepontan cakap..kalau macam ini nak letak Gps dekat motor saya lah...(kan 5 bulan lepas motor saya kena curi)

Masing-masing gelak...

GPS ini bukannya macam Gps yang biasa kita guna..ia biasanya dipasang dalam body kereta..yang itu saya tak tahu..tapi tiap bulan kena bayarlah...ada sesiapa yang tahu? boleh bagitahu saya...

 

 


Orang berfikiran positive?

Salam semua...

Saya tak tahu sebenarnya kata-kata saya memberi semangat kepada orang..Alhamdulillah...saya banyak kawan tapi cuma saya kadang-kadang diam tak tahu nak sembang dengan diorang apa...diam bukan bermakna sombong tapi diam tau...

Macam nakpergi event Zero 2 hero je sekali lagi..tengok youtube..memang best event ini...Insyallah hujung minggu ini saya akan start roadshow yang pertama saya..memang seronok pergi roadshow...ada bersama dengan banyak orang ,banyak kita akan jumpa orang...pelbagai gelagat...ada yang kata makan herbalife ini boleh bawa matilah...

Tapi itu tidak mematahkan semangat kami,kerana kami yakin dengan produk ini,kerana saya dah cuba produk ini pada diri saya dan keluarga saya...Alhamdulillah dengan izin ALLAH,saya dapat kesan yang positive...semuanya kuasa ALLAH...

Macam mana nak berjaya?

Kelilingilah dengan orang berjaya...

Ada kawan-kawan saya yang mesej,Liana esok aku nak exam lah tapi aku tak ada semangatlah nak jawab..diorang kata susahlah...

Sebab saya dah pernah laluinya..Saya jawab jangan dengar kata orang..kata orang kadang-kadang boleh pakai,kadang-kadang tak boleh pakai...Hang berdoa,yakin pada diri hang sendiri..Insyallah berjaya..

Esoknya kawan saya mesej..Thank Liana aku boleh jawab...happy sangat..thanks..

Saya rasa seronok sangat...walaupun bukan duit yang saya tolong tetapi...sekadar nasihat...kawan saya berjaya juga...

Saya selalu bagi kata-kata positive dan semangat pada kawan-kawan saya,sedangkan saya? Mak dan Incik tunanglah yang selalu bagi kata-kata semangat pada saya....hehehe

Kadang-kadang kata-kata orang banyak yang menyakitkan hati saya..macam?

La perempuan apalah sangat jadi engineer,mesti senang kena buli? kalau yang lemah memang dah give up je..

La dasar MLM,memanglah cakap pun macam ayat MLM je?kadang-kadang niat nak bantu dia menambah pendapatan tapi disalah anggap...

Macam mana nak hadapi orang macam ini? 


1.Ingat ALLAH,cepat ambil wuduk dan baca Al-quran...hati saya tenang sangat...




2.Nampak gambar itu?..saya selalu senyum sampai ada orang kata saya ini gila dan tak ada perasaan....tapi sebenarnya saya tak mahu stress...sebab itu saya senyum...Kalau orang cakap dengan kamu macam itu...senyum sahaja....sampai orang itu stress....heheh....


3.Anggap sahaja kata-kata orang itu sebagai pembakar semangat untuk berjaya...buktikan kamu boleh berjaya...kamu boleh lakukan ...teruskan senyum...dan senyum...

4.Selalulah berada dengan orang yang selalu berfikiran positive,,ini penting sebenarnya..sekiranya kamu ingin berjaya kamu kena bersama dengan orang berjaya...ini terjadi dekat kawan saya...dia nak juga dapat anugerah dekan sebab lihat saya dapat dekan setiap tahun...hari-hari dia datang bilik saya dan akhirnya dia dapat dekan...saya pun tumpang gembira sangat sebab dapat bantu orang...

Saya beruntung kerana dikelilingi dengan orang yang berfikiran terbuka...kalau saya sedih...saya telefon mak saya,mak akan beri kata-kata semangat kepada saya...kalau saya sedih saya telefon Incik Tunang...saya sayang sayang family saya,incik tunang dan kawan-kawan saya..


Pesan saya,janganlah kita putus asa..anggap je kata-kata orang itu sebagai lalat sahaja,yang penting kita happy dan gembira dengan apa yang kita lakukan..tetapi lakukanlah kebaikan bukan kejahatan tau...tau..

Salam sayang dari saya Liana..

Sesiapa yang ingin menambah dan menurun berat badan pmlah saya...


sumber:google image









Ikan patin gulai tempoyak,restoran temerloh

Salam semua....



Sumber:google

Sedapkan....haritu selepas balik daripada gambang...singgah perhentian temerloh....Incik tunang cakap,La kedai mana buka malam-malam ini...pada hal baru pukul 8.30 malam..

Akhirnya dapat makan juga ikan patin  masak tempoyak.....

Tadi ,kawan ofis belanja di Temerloh...

Apa pergi sampai temerloh makan ikan patin,mengidam ke apa?

Dulupun terkena...hehehe..

Taklah Restoran temerloh di Seksyen 15,shah Alam..belakang Restoran Fish Bone..Kalau dari pusat bandar Shah Alam,ada roundabout,cari pukul 9..masuk simpang no 2..belakang KFC dekat petronas,seksyen 15..Straight  sahaja sampai jumpa Restoran Temerloh...

Ikan patin dia memang sedap,ikan tak hanyir...Ikan patin sangkar seketul baru Rm8.00...

Tak rugi mencuba,suka Restoran Temerloh ini sebab ,banyak masakan kampung,cakap je sambal apa,sambal Macang,budu,tempoyak..memang ada...sesiapa yang teringin makan masakan negeri pahang ,Restoran  Temerloh memang tempat yang sesuai...

Apa lagi pergilah serbu..hehhe...kalau ajak saya..memang saya tak menolaknya



Tuesday, November 20, 2012

Sentiasalah berdoa...

Salam semua..

Tersenyum gembira Incik Tunang tak jadi  pergi Qatar,baca entri sebelum ini...walaupun gajinya banyak di Qatar..Tapi saya lebih suka Incik Tunang bersama saya dan keluarganya...walaupun gaji disini tak banyak..tapi saya percaya dengan rezeki yang dijanjikan oleh ALLAH andai kita berusaha,ALLAH sentiasa mendengar rintihan setiap hambanya yang sentiasa berdoa...

Kehidupan saya,banyak yang ALLAH tunaikan permintaan saya,sentiasa kita dekatkan diri kita pada ALLAH,andai doa kita sentiasa tidak dimakbulkan olehNya...

Andai ALLAH lambat makbul permintaan kita,jangan kita berputus asa berdoa dan beribadah kepadanya..kerana sesuatu yang terjadi banyak hikmah yang tersembunyi..

Andai ALLAH turunkan ujian kepada kita,jangan kita putus asa dan mengeluh kerana ALLAH sedang merancang sesuatu yang  lebih baik untuk kita,munasabahlah diri baiki diri kita balik....perbaiki diri kita balik...sentiasa dekatkan diri kita kepada ALLAH...

Saya bukannya orang yang baik,tapi saya cuba perbaiki diri saya sedikit demi sedikit...semoga saya akan beristiqamah dalam melakukan kebaikan..

Marilah kita bersama-sama hulurkan bantukan kepada rakyat Palestin,marilah bersama-sama kita berdoa semoga ALLAH lindungi rakya-rakyat palestin daripada Yahudi..YA ALLAH selamatkanlah bumi palestin ..Rasa sedih melihat anak-anak Palestin terbunuh..dimanakah kemanusian mereka...


SELALU BERFIKIRAN POSITIVE UNTUK BERJAYA

Salam semua...

Dah lama saya tak tulis blog...sebab beberapa hari berada diGambang untuk event Zero 2 Hero herbalife..balik hari ahad letih sangat...baru hari ini berkesempatan untuk menulis..

Memang seronok sangat saya hadiri program ini,banyak kawan baru yang saya kenal..banyak semangat baru yang saya dapat..disini saya nak share...anda boleh guna dalam kehidupan anda samada buat business  herbalife ataupun apa-apa busines sekali pun...

Untuk berjaya sebenarnya kita perlu dikelilingi oleh orang-orang yang berjaya,mula-mula saya tak faham sebenarnya kenapa upline saya suruh pergi event zero 2 hero...buang duit sahaja pergi saya kata..tapi sebenarnya disini lah saya dapat inspirasi dan semangat untuk terus maju kehadapan...tak rugi saya pergi,rasa bebaloi-baloi...

Kadang kata negative daripada orang,biarlah kita pandang sepi sahaja.Sebabnya kata-kata negative orang pernah membuatkan saya gagal suatu ketika dulu,sampai sekarang saya menyesal..

Peristiwanya..ketika saya belajar dulu...sesiapa yang selalu baca blog saya mesti tahu..ketika saya belajaar dulu saya pergi rasa down gila,masa saya tahun pertama dan kedua Ijazah...memang drop gila keputusan exam saya..diantara kata-kata negative orang...

1.La,buat apa ko belajar tinggi-tinggi,bukan tentunya ko dapat kerja pun,,,akhirnya engkau menganggur juga...

2.La,buat apa belajar...nanti laki ko akan tanggung ko...buat habis duit pun...

3.Eh,ko tahu kawan aku dia ada ijazah,akhirnya dia jadi juru jual sahaja...tak payahlah belajar buang duit sahaja..

Kerana kata-kata negative orang ini,saya taklah gagal..tapi result saya tak seperti masa saya diploma...tapi bersyukur saya sempat sedar, saya berjaya dapat anugerah dekan pada tahun seterusnya..tapi tak berjaya tamat dengan apa yang saya idamkan,

Timbul penyesalan kerana saya hanya mendengar kata negative orang sahaja...alangkah ruginya saya....kawan-kawan saya sekarang berjaya kerana keputusan yang bagus..ada yang pergi pratical dekat luar negara..saya sedar semuanya ada hikmah yang tersembunyi..sekiranya  you belajar bersungguh-sungguh you akan dapat tajaan biasiswa,belajar percuma...memang itu tak dapat dinafikan..jadi kepada pelajar,sekiranya you belajar di universiti belajarlah bersungguh-sungguh  untuk dapat belajar percuma...percayalah..saya dapat belajar percuma kerana kesedaran saya..

Sekarang saya tak mahu menoleh kebelakang lagi...hanya mendengar kata-kata negative orang,menjatuhkan semangat saya sahaja..saya mahu dikelilingi dengan kata-kata positive dikeliling saya...saya tak mahu menyesal kerana tak mengambil tindakan untuk terus maju kehadapan...saya yakin dengan pilihan saya...

Jika ingin berjaya sentiasalah dikelilingi dan berkawan dengan orang yang berjaya..nanti saya sambung balik pengisian zero 2 hero...

Jangan cepat putus asa teruskan berusaha...

Gambar saya? nak tengok jom jumpa atau add fb saya...

sekiranya betul-betul serius join herbalife pm saya atau ada fb saya Noorliana liana....

Saya hanya ambil orang yang benar serius yang tak serius saya tak ambil...buang masa saya...







Tuesday, November 13, 2012

Kenapa DIY

Salam semua,

Dah lama rasanya tak bersantai dirumah,hari ini dapat juga bersantai dirumah..

Akhirnya siap juga bunga pahar saya,dah siap letak kain net sekali...lega rasanya...

Soalan yang sering ditanya kenapa DIY?

Tak ada duit ke? La beli jelah...

Maksud DIY?

Do It yourself,dalam kata melayunya lakukan sendiri..

Ada B2B,yang punya duit tapi dia DIY juga,ada yang DIY pelamin,bunga telur,sticker,kad kawin ,veil,baju sanding dan macam-macam lagi...

Sebab kenapa nak DIY?

Pertama

memang dengan DIY kita akan dapat jimatkan duit..betul,macam saya,keinginan saya tinggi untuk bunga pahar,saya tengok harga sekuntum dalam rm3.00 yang saya inginkan...akhirnya saya DIY,jimat RM200..demand tinggi tapi bajet rendah...nak beli yang murah bunga pahar pun boleh tapi dalam hati nak sangat macam itu..akhirnya tercapai selepas saya DIY sendiri..


Kedua,

Kepuasan,ada juga b2b yang DIY sendiri pelamin sampai orang cakap dah tak ada duit sangat ke? tapi bagi saya semuanya sebab kepuasan,lepas kita tengok hasil kita DIY sendiri,dalam hati bebunga-bunga kerana hajat kesampaian dan hasil penat lelah..tak semua kerana duit tapi sebab kepuasan,kadang-kadang apa yang kita hajati ,kalau kita tempah kadang-kadang apa yang diinginkan orang buat lain ,jadi dengan DIY  sendiri apa yang dihajati kesampaian..


itu jelah..bunga pahar sudah siap,sekarang nak  buat bunga tangan pulak untuk nikah...warnanya unggu dengan kuning...macam dalam entri saya sebelum ini..

bunga tangan nikah....bahan dah beli guna stokin lagi...jatuh hati dengan bunga stokin..

Semoga segalanya berjalan dengan lancar..amin

Sunday, November 11, 2012

Booking pelamin

Salam semua...

Dah lamatak update persiapan kawin sebab sibuk dengan herbalife,hujung minggu lepas,saya bersama Incik tunang balik ipoh,senang sikit jalan dengan Incik tunang...nak pergi mana dia bawa,thank Incik tunang..nampak hensem pulak semalam... 

Semalam,mak saya masak sedapnya,dah lama mak saya tak masak sesedap itu..sampai Incik tunang tambah nasi..berselera dia makan,mak masak ikan keli masak merah,gulai ayam kari,kangkung tumis belacan dan sambal macang,memang sedap sangat..selalunya mak masak ala kadar sahaja..tapi semalam memang sedap..thank my mother..petangnya kitorang makan mee rebus ramli bawa mak berjalan-jalan dengan bakal menantu...

Semalam kitorang pergi survey pelamin walaupun dah ada tempat yang kitorang nak,enti sebelum ini kan saya kata dah booking pelamin,tapi abah saya stay tak booking,itulah semalam saya pergi booking,pergilah cari pelamin tempat lain...harganya memang mahal kot tempat lain khemah 10x 20 harganya rm250 ,mahal kot tak ada kerusi dan meja..pengsan disitu,baju dah lah tak cantik..kata update tapi sebenarnya  design lama..pelamin dengan baju rm3000++,pengsan lagi..

Akhirnya pilihan kami...

D'Astana kristal
No,13&19,kompleks Pknp,
Jalan Pasar,Kg Sungai Tapah,
Gugusan Manjoi,
30020 Ipoh Perak,

No tel: 019-54707008(Yusri)
        
 Kenapa kitorang pilih D'Astana krisal?

Termasuk saya dah yang keempat adik beradik saya ambil D'Astana kristal ,kerana harganya murah..

Saya dah tengok survey banyak tempat,harga lain tempat memang murah tapi banyak sangat kos-kos tambahan,jadi tak puasa hati lah..campur-campur D'Astana juga yang paling murah...

Saya dapat Pakej

Pelamin,
Khemah dia besar 20x20(RM150 siap ada kerusi dan meja)-tempah 6 khemah,sebab khemahnya besar.
Baju pengantin(Laki+perempuan)-design banyak yang baru
Mekap(2 kali)
Hiasan bilik pengantin
Veil + tudung +kasut(perempuan)
Akseoseri
Hiasan meja pengantin
Pintu gerbang
Bantal nikah
Bunga Tangan
Mcm-mcm lagi...

Puas hati..

Selepas dah dapat pelamin..malamnya dalam pukul 9.00 malam,kitorang cari OP pulak.hehehe..settle..ambil pakej laki dengan perempuan...nanti yang OP saya buat entri lain,harga memang bebaloi-baloi,service pun ok sahaja..

Untuk OP cubalah tengok fb manjafoto dulu   ManjaPhoto

Selesai,ada orang cakap cepatnya booking OP,bagi saya...bukannya apa..dulu saya pernah terasa,yang di idam tak dapat jadi kenyataan kerana dah full booking akhirnya..sekarang dapat apa yang diidamkan..

Semoga segalanya berjalan dengan lancar,amin

Saturday, November 10, 2012

Cadar pengantin

Salam semua..

Hati gembira kerana  hajat dihati kesampaian..Thank Incik tunang semoga dimurahkan rezeki..dan maju dalam business herbalife amin...

Tadi pergi sogo,nak dekat pukul 6.00 petang baru sampai...pergi kedai bunga reben,beli kain net untuk bunga telur..tinggal pasangkan net sahaja..lepas itu siap bunga telur saya selepas berhempas pulas siapkan dalam masa 4 bulan,buat on off sahaja...tengok hasilnya tersenyum..tanda kepuasan..save dalam rm100.00..simple tapi cantik...perasaan puji diri sendiri..tadi beli lagi stokin untuk buat bunga tangan masa akad nikah..sebab haritu tengok bunga tangan stokin cantik sangat..jadi nak cubalah...

Tema utama kuning,sebab saya tahu incik tunang dah lama nak warna kuning..jadi untuk mengambil hatinya...tema utama kuning...

Cerita balik pasal cadar pengantin,sogo sekarang tengah sale..beli tadi total lost rm300++,tapi memang puas hati,apa yang dihajat dapat..thank Incik tunang kerana memahami saya..kitorang akan guna cadar ini lepas berkawin nanti,jadi saya ambil yang selesa...pilihan tentulah cotton...memang cantik...di mata kami...janji apa yang kami rasa cantik kami beli..

Bercerita tentang sogo tadi,jalan-jalan..first jumpalah cadar yang diminati..tapi layanan kurang memuaskan,ingat kami tak ada duit kot...saya biasalah simple je...

Survey punya survey jumpalah jenama Winniy ,memang berkenanan dengan warna kuning ini,tapi Incik tunang cakap kusam sikit..jadi saya ambil lah warna lain,warna rahsia..layanan dia memang ok,dia bercakap bagus..tak nampak macam kami ini tak ada duit..kerana layanan yang baik jadi kami ambil lah..memang dapat apa yang di hajati..

Mungkin harga dia mahal,campur comforter,tapi yelah untuk keselesaan...perkara yang saya pentingkan bilik tidor...jadi untuk keselesaan kami beli apa yang dihajati..memang tersenyum saya...lagi pun saya akan guna lepas kami kawin...save lagi duit...

Esok jalan lagi...pejam celik pejam celik lagi enam bulan,tak lama je lagi...jadi buat persiapan sikit demi sikit lama-lama jadi bukit...
  

p/s:Jangan nilai orang melalui pakaian...ok..kan dah melepas satu customer...



Thursday, November 8, 2012

Kenapa berkerja keras dari sekarang?

Salam semua..

Dah macam-macam entri saya letak dalam blog ini..

Cermin mata kena tukar sebabnya...yelah buat kerja dalam cahaya yang gelap...mata pun jadi rosak...padan muka....

Dah lari tajuk...

Pengalaman orang tua kita yang mengubah nasib kita...
Saya berkerja di bidang pembinaan,saya lihat segelintir pemandu lori warga emas,orang cina dalam lingkungan 70 tahun...teringat ayah di kampung...

Seusia mereka sepatutnya berehat dirumah sahaja,kadang-kadang dioranglah yang tolong unloading barang kalau nak cepat..terasa sayu sangat hati saya..teringat ayah di kampung lagi..

Saya tetanya-tanya mana anak-anak mereka? tak ada anak ke? kenapa diorang masih berkerja? haritu pernah juga saya bertanya kenapa masih berkerja? diorang jawab kerana mereka sudah biasa berkerja...kalau diorang tak berkerja diorang tak boleh...

Saya kesian melihat mereka,saya berharap saya dapat bagi kehidupan yang selesa pada mak dan ayah saya..

Tiba-tiba teringat peristiwa  4 tahun yang lalu...

Abah ana tak mahulah sambung degree,tengok abah tak cukup duit je..

Abah: Abah nak juga ana sambung degree,duit akan abah usahakan..abah tak mahu anak-anak abah mewarisi kemiskinan abah..

Saya selalu terfikir,seorang abah sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya...tapi kita ? mestilah nak yang terbaik untuk ayah dan ibu kita...

Tak salah kita berkerja keras pada hari ini jangan kita berkerja keras di usia kita yang sudah tua...renung-renungkan...



Wednesday, November 7, 2012

Kenapa laki curang

Salam semua..

Saya setiap petang tengok cerita Julia pukul 7-8 malam di TV3,tetarik nak tulis kenapa laki curang...susahkan nak dapat laki yang setia...Nisab perempuan pun lebih banyak daripada laki sekarang..

Dulu saya pernah cakap,semua laki sama sahaja tak pandai nak setia...tiba-tiba kawan saya cakap..Habis itu ayah hang bukan laki ke? terdiam saya..

Walaupun saya belum kawin persekitaran saya terdedah dengan lelaki,yelah budak ofis saya semuanya lelaki..memang macam terasa nak je cari kerja lain...tapi tunggulah dulu..

Bebalik pada cerita saya...kenapa lelaki curang? diantara faktornya

1.Kurangnya perhatian daripada si isteri selepas dapat anak,kawan saya sendiri mengaku kenapa dia curang dengan isterinya,sebabnya bininya asyik-asyik dengan anaknya..saya tanya dia lah hang pun satu,kenapalah lah tak tolong sama jaga anak...kan kalau sama tolong lebih mengeratkan hubungan..

2.Bini tak masak,ini pun kawan saya cakap,dia curang sebabnya bini dia asyik-asyik ajak dia makan luar...akhirnya dia bercinta dengan taukeh kedai makan,sebabnya taukeh kedai makan itu layan dia dengan baik,pagi bagi sarapan,tengah hari layan dia makan...mak saya sendiri cakap nak jaga suami jagalah perutnya..

3.Bini selalu tuduh dia curang...akhirnya dia cakap dia betul-betul curanglah...

4.Bini dia langsung tak tanya dia pergi mana,balik pukul berapa,keluar dengan siapa...akhirnya dia cakap bini dia tak sayang dia...la..kalau tanya pun salah tak tanya pun salah...jadi cakaplah secara berhemah..dia cakaplah...

5.Bini dia tak jaga penampilan,dulu dia cakap bini dia sebelum kawin mekap cantik-cantik tapi lepas dapat anak langsung tak mekap...lepas itu saya tanya dia...la yang hang kedekut sangat keluar duit bagi dia beli barang mekap buat apa? kedekut pada bini tapi tak kedekut pada perempuan lain..


Itu je lah,tapi sebenarnya komunikasi yang kurang berkesan,yelah apabila kita berterus terang tentang ketidak puas hati kita,kan lebih baik daripada  kita cari orang lain...laki memang susah nak difahami..

Ada kawan saya berpesan,kalau laki curang janganlah kita layan dia dengan buruk,itu menambah lagi kekusatan hubungan,cubalah bertenang layan dia dengan lebih baik,biar dia fikir...beruntung aku punyai isteri macam ini,dia ada cakap berdoalah semoga hubungan yang terjalin berkekalan dan bahagia...


Boleh ke saya jadi sekuat itu?


Tuesday, November 6, 2012

Bersyukur

Salam..

Mood happy..

Telefon mak,suara mak kelihatan ceria...dah hampir 2 minggu mak saya guna herbalife...bersyukur kesihatan mak bertambah baik daripada sebelum ini...mak happy saya pun happy.....

Bersyukur ada orang berubah selepas baca blog saya,ada juga orang sudi membaca..

Berubah tak perlu banyak ,berubah sikit demi sedikit lama-lama jadi bukit...kalau terus drastic berubah nanti kita pun terkejut...bersyukur....

Satu lagi...

Sebenarnya satu sahaja..

Apabila kita pergi jamuan rumah orang,tambah-tambah orang itu miskin janganlah kita kecil kan hati orang dengan tidak memakan makanan yang dia hidang,terasa tuan rumah itu...walaupun dia bagi sekadar air kosong jamah lah sedikit...

Baik kita tak tak payah penuhi jemputan dia daripada kita kecilkan hati tuan rumah,tuan rumah punyalah ikhlas memasak kita  dengan senang hati kita  kecilkan hati tuan rumah.

Jangan kita kecilkan hati tuan rumah..

Saya pernah terjadi saya tahu rumah saya buruk,datang jamuan rumah saya berkali-kali tapi langsung tak makan,saya tengok je..buat apa datang kalau tak makan...kecil hati kami,sedangkan makan restoran mahal-mahal makan pulak,tak tentunya bersih dapur diorang..jadi jangan lah perkecilkan hati kami..

Saya terkagum dengan sikap bakal mak mertua saya very humble orangnya..

Masa merisik haritu,bakal mak mertua saya makan di rumah kami yang tak seberapa,..hati kami pun jadi seronok,walaupun saya masak tak berapa nak sedap..

Orang kaya pun humble,saya terkagum...nasib baik Mak Incik tunang tak baca blog saya..

P/s: Jagalah hati orang,mesti ingat walaupun kita hari ini  berada diatas,jadilah seorang yang 
 humble...

Sebelum makan baca doa ok..

Ubi keledek

Salam semua.

Hujan sepanjang minggu ini..dapat ubi keledek goreng panas-panas sedapnya...

Teringat ubi keledek,teringat ABAH...

Selalunya kalau kitorang nak balik mesti abah belikan makanan kegemaran kitorang...

Macam saya abah belikan ubi keledek dengan labu...sebabnya saya suka makan..kalau cakap la abah dah lama tak makan gulai labu..cepat-cepat dia pergi beli..betapa sayang dia dekat anak dia..

Kalau kak ani balik je abah pergilah cari mangga muda..kalau kak ani tak balik ABAH mesti cakap ini mangga muda ini kak ani suka makan ini...lepas itu dia termenung...jelous abah sayang kak ani lebih...tapi abah sayang semua anaknya cuma kita sahaja yang tak perasaan..

Saya cerita ini bukannya..la macam ko sorang sahaja yang ada ABAH,bukan...saya bercerita supaya semua orang sayang abah dia semasa ABAH dia masih lagi hidup...

Tak ada orang dapat ganti tempat abah,abah yang kelakar..yang ambil berat setiap anak-anaknya..kekasih boleh dicari tapi ABAH?

Saya sendiri cakap dengan Incik tunang tak ada orang dapat layan saya dengan baik  kecuali family saya...

Insyallah incik tunang pun akan layan saya dengan baik

Love my family



Monday, November 5, 2012

Cabaran Incik Tunang

salam semua....

Cabaran Incik Tunang,nak saya kurus...yelah...saya dah lama pujuk dia nak pakai baju warna kegemaran saya masa majlis berkawin nanti,warna yang dia tak gemar..

Akhirnya dia buat cabaran  kalau saya berjaya turun berat badan saya sampai  ke berat ideal saya dapat pakai baju yang saya nak...

Tempoh tamatnya hujung tahun ini...saya dah berjaya turun 6 kilo...buat masa ini saya ambil program maintain berat badan...ambil shake hanya 1kali,selama sebulan yang lepas...kerana banyak sangat jemputan makan...stay tak naik berat badan saya..kalau dulu sebelum herbalife  mesti naik..

Lagi empat kilo untuk capai berat ideal...saya yakin boleh turun empat kilo...esok start balik program diet saya...

Doakan saya dapat turun lagi 4 kilo...amin..





Sunday, November 4, 2012

Dream

Salam

Semalam,angan-angan hari ini dream...la lebih kurang jelah....

Nasib baik tak ada orang baca blog saya,saya enjoy tulis blog saya...

Semalam angan-angan hari ini impian saya...baru balik event STS herbalife,laju sahaja saya menulis blog ini...tulis dalam blog untuk ingatkan saya..apa impian saya..

First impian saya,saya nak kawin...

Wa gatal hang ye Cik Liana,serius memang saya nak kawin,saya ke hulur ke hilir dengan Incik Tunang baik kami berkawin sebenarnya,lagi senang kami nak pergi ke mana sahaja,lagi pun kami sekarang join herbalife lagilah selalu keluar bersama-sama,kan lebih baik kami berkawin tak ada menambah dosa yang sedia banyak...

Saya bukannya nak perkawinan yang mewah sekadar nikah dulu pun tak pe,tapi apa kan daya..apabila..tarikh sudah ditetapkan..tak kan dapat saya ubah dan percepatkan..redo sahaja..memang ada orang kata berkawin tak tentunya bahagia,sengara ada lah..tapi semuanya atas ketentuan olehNya..

Lepas kawin dah selesai,Impian  tolong adik -beradik dan orang yang memerlukan bantuan untuk berjaya..

Insyallah apabila saya sudah berjaya nanti,sekarang saya belum stabil,apabila saya sudah stabil saya akan bantu adik-adik saya untuk berjaya...orang-orang susah pun saya akan tolong untuk mereka berjaya dalam hidup mereka..saya pernah hidup susah,saya tahu,\orang yang susah ini bukannya tak mahu ubah hidup mereka tetapi mereka tak mampu dari segi kewangan dan kemahiran..Insyallah apabila  
saya sudah berjaya saya akan bantu mereka,Anda sudah bayar zakat?bayarlah zakat bagi sesiapa yang belum membayarNya..kehidupan saya dulu berubah kerana menerima zakat,saya ingat lagi ketika saya mahu melanjutkan pelajaran ijazah saya tak ada duit,zakat perak yang bagi duit pendahuluan untuk saya mula belajar,alhamdulillah berkat usaha saya tekun belajar,ijazah saya disponsor oleh JPA,bersyukur sangat dengan rezeki daripadaNya..

Bawa mak dan Abah menunaikan haji

Mak saya memang teringin sangat pergi kesini,Insyallah saya akan tunaikan..tapi saya tak cakap dengan mak saya,saya takut bagi harapan pada mak,nasib baik mak saya tak baca blog saya..

Beli rumah untuk Mak dan abah

Saya nak gantikan rumah mak dan abah saya dengan yang baru,saya tahu mak saya berkali-kali inginkan rumah baru,tapi saya tak mampu lagi..terasa sedih sangat tak dapat beri apa yang mak saya nak.

Beli kereta Audi,Rumah 3 tingkat bersama dengan Incik Tunang..

Ini impian kitorang,dah kumpul duit sikit-sikit cuma saya tak bagitahu dia saya simpan duit,yelah..senyapa-senyap..haritu kitorang ada tengok rumah itu,memang cantik sangat,saya tengok dia betul-betul bersemangat nakkan rumah 2..saya tak pernah tengok dia semangat macam itu..kitorang decide Lima tahun dari sekarang,deposite separuh-separuh..memang cantik..rumah bukan atas langit tapi atas  tanah..Semoga dipermudahkan..amin..

Bawa family saya dan family Incik Tunang vacation sama-sama 

Ini pun impian kami..kami teringin sangat nak bawa family pergi vacation,tapi kitorang tak bagitahu pun lagi..kami nak suprise,kami tak mahu bagi harapan kepada diorang,insyallah sekiranya rezeki kami banyak,kami akan bawa mereka...

Nasib baik diorang tak baca blog saya..

Apa yang paling penting impian saya,saya nak jadi seorang yang istiqamah dalam beribadah kepada ALLAH dan semoga  hidup saya semakin hari semakin bertambah iman saya kepada ALLAH..amin

Baru balik dari STS herbalife,itulah semangat nak tulis dream...

Doakan semoga segala impian saya tercapai..amin











Saturday, November 3, 2012

Angan-angan

Salam semua..

Jangan bakal mak mertua saya baca sudah,minta-minta baca sampai habis..

Dulu semasabertunang saya banyak berangan,saya nak sangat cincin tunang saya cincin emas,ada batu..tapi akhirnya bakal mak mertua saya yang pilihkan cincin...hancur harapan saya...

Saya juga berangan-angan nak  barang hantaran semua masa bertunang,saya nak telekung yang jenis kerawang-kerawang,nak handbag jenama Polo yang mula-mula saya berkenanan tapi sebab lari bajet tak jadi beli,saya nak kasut hantaran sembonia..Saya nak perfume jenama DKNY...demand u..

Tapi akhirnya mak Incik tunang nak hantaran masa kawin,hancur lagi harapan saya..

Macam-macam angan-angan saya,itulah inilah...

Akhirnya saya tak  berangan-angan sudah,menerima apa sahaja yang diberi,kalau tak dapat dihajati saya akan beli guna duit sendiri,kan saya berkerja jadi tak ada masalah..

Semua yang berlaku ada hikmahnya..

Kan saya  cakap saya tak dapat cincin tunang seperti yang saya nak,tapi cincin tunang saya lebih cantik daripada yang saya angan-angan..saya memang suka...tak mungkin saya dapat cincin macam itu..tak mahu upload nanti jadi riak pulak..

Bila fikir-fikir balik,kalau saya pilih,saya tak pilih seperti yang Mak incik tunang pilihkan,tengoklah cincin merisik saya,serius tak cantik sebab saya sendiri yang pilih...

Barang hantaran saya tahu mak Incik tunang mesti pilih yang cantik sebabnya

1.veil nikah saya cantik,kalau saya yang  beli mesti  yang murah sahaja.

2.Saya haritu dapat tudung dari Mak Incik tunang memang cantik,sampai kak Ani puji...

Manalah mak yang tak sayang anak,mestilah dia pilih yang cantik-cantik untuk bakal menantunya,kerana dia mahukan yang terbaik untuk anaknya..

Moral the story:  Jangan berangan lebih,saya dikira beruntung kerana dapat semua itu,Thank a lot Puan Azizah..

Percayalah semua yang terjadi pasti ada hikmah yang kita sendiri tak sedari,percayalah dengan ketentuaan olehNYA,kita hanya merancang DIA yang menentukan..

Semoga segalanya dipermudahkan..Amin..


Friday, November 2, 2012

Hinakah orang miskin itu

Salam semua...

Saya pun tak tahu ada orang baca atau tak,blog ini sekadar pengkongsian sahaja...

Jangan kita hina yang miskin itu,mana tahu orang yang miskin itu suatu hari nanti akan jadi lebih kaya daripada kita...

Saya pernah rasa susah,saya pernah rasa bagaimana dihina kerana tak ada duit,saya juga pernah merasa bagaikan peritnya tak ada duit untuk membeli makanan,saya pernah rasa bagaimana peritnya mencari duit untuk sesuap nasi,saya juga pernah dihina kerana tak mampu nak beli baju baru masa raya..

Kerana saya pernah hidup susah saya belajar bagaimana nak hargai setiap titik peluh saya...

Jangan kita hina orang yang miskin itu kerana dia tak mempunyai duit,saya pernah rasa,macam tercarik-carik perasaan saya sebenarnya,apabila kita ada duit banyak saudara,banyak kawan tapi apabila kita langsung tak ada apa-apa..semuanya hilang macam itu sahaja...

Itulah saya selalu beringat...

Apasalahnya orang yang miskin itu kita bantu daripada kita hina mereka,yang miskin itu kita berikan kata-kata semangat kalau kita tak mampu untuk bantu daripada segi kewangan,bagilah nasihat yang berhemah daripada kita kutuk-kutuk dia.

Kalau kita mampu,apa salahnya yang miskin itu kita bantu daripada segi kewangan,kita bantu dia untuk mulakan berniaga,bantu dia untuk mencari sumber kewangan,kan lebih baik..dapat dia mengubah kehidupan dia...

Orang yang miskin,kadang-kadang bukan mereka tak mahu ubah hidup mereka,cuma kadang-kadang mereka tak tahu macam mana nak mula untuk ubah hidup mereka,mereka mahu tapi kadang-kadang mereka tak ada duit untuk mula berniaga,mereka tak ada ilmu  dan kemahiran untuk mula berniaga..apasalahnya kita yang mampu menolong mereka? daripada hina mereka?

Hari ini mungkin kita berada di atas,tapi mana tahu suatu hari nanti orang yang kita hina yang menolong kita...jadi renung-renungkan..



Baju peplum

Salam..

Kalaulah saya ini tinggi orangnya,teringin nak buat baju peplum untuk majlis belah saya,cantiknya..




sumber:image google


                                                                    sumber:image google 

  sumber:image google

sumber:image google

 

Thursday, November 1, 2012

Suri Rumah atau berkerja lepas kawin

Salam semua.

Suri rumah atau berkerja selepas kawin?

Saya dah biasa berkerja,start umur 18 tahun lagi.

Lepas saya kawin,dah cadang untuk terus berkerja,cuma mahu cari kerja duduk ofis sahaja,yelah dah kawin,tak kan nak panjat bangunan lagi? tapi beku juga otak nak menghadap komputer kalau kerja ofis.

Siapa suruh ambil jurusan civil kan dah menyesal,tak menyesal pun,saya seronok dengan kerjaya saya  sekarang.

Kenapa saya stay nak berkerja?

Saya anak orang susah,kalau saya tak berkerja macam mana saya nak bagi mak dan ayah saya duit tiap-tiap bulan,kesian diorang dah tua.

Saya dah biasa beli barang guna duit sendiri,paling penting saya memang tak boleh duduk diam,mesti nak buat kerja,jadi saya mesti berkerja.

Macam mana kalau saya dah ada anak nanti?

Itu nanti saya fikirkan,samada nak jadi berniaga dari rumah(herbalife kan ada) ataupun terus berkerja..