Jom Click Sini

jom click sini

Tuesday, April 1, 2014

Pengalaman temuduga J41

Assalamualaikum

Dah lama hantar dekat SPA baru pertama kali dipanggil untuk temuduga J41..jawatan jurutera..

Masa mula dapat surat tawaran,tarikhnya dekat dengan tarikh saya bersalin pada 26.3.2014..

Tengok balik laman webnya..dapat tahu boleh tukar tarikh kalau ada sebab tetentu..

Jadi saya pun tulis surat kepada SPA untuk di awalkan tarikh temuduga..

Dapat diawalkan kepada 14.3.2014

Tapi saya bersalin pada 14.3.2014.suami tulis surat kepada SPA buat rayuan supaya saya dapat attend temuduga pada tarikh asal..


Rayuan kali kedua diterima sebabnya alasan yang kukuh..

Hari ke 15 berpantang saya pergi temuduga..

Panel yang hadir dua orang..

Soalan yang ditanya ialah

1.Ceritakan skop kerja anda sekarang
2.Apakah halangan dan cabaran yang anda hadapi bagi project tersebut..
3.Disebabkan saya keja dekat site,panel tanya pasal test cube.. Cara mengatasi masalah di site project..
4.Lepas itu ditanya juga macam mana nak tahu air itu selamat di minum,sebab jawatan jurutera di kementerian kesihatan Malaysia.
5.Sekiranya ditawar ke sabah sarawak terima tak tawaran

Banyak soalan yang ditanyakan lebih kepada penyelesaian masalah..penat otak memikirkan jawapan tersebut

Ada rezeki Insyallah dapat....