Jom Click Sini

jom click sini

Monday, February 6, 2017

kerinduan

Assalamualaikum...

terlalu banyak kerinduan yang terpahat dihati ini,semenangnya terlalu merindui ingin kembali ke kota mekah.

jujur,kak ana terlalu merindui untuk beribadah di dalam masjid .

Di Malaysia agak sukar yang mana ada anak kecil untuk beribadah di dalam masjid.

Biasalah budak kecil kan,duduk didalam masjid mahu kehulur kehilir, tak salah kan sesiapa kerana memang tujuan ke masjid untuk beribadah,hilang rasa kusyuk kalau di ganggu oleh anak kecil,

semoga tahun ini kak ana dapat pergi lah ke mekah untuk mengerjakan umrah bersama dengan keluarga tersayang,amin

nak order mewangi boleh what up kak ana

01115657200

Tuesday, May 17, 2016

check defect rumah baru

Assalamualaikum...

Saya kerja dengan developer jadi sedikit sebanyak adalah pengalaman nak check defect..jadi saya kongsikan pengalaman saya ...

Yang pertama kalau dapat rumah,jangan terus-terus masuk lepas itu masa dah tinggal baru buat defect,menyusahakan diri nama nya sebab defect bukannya satu hari baru  buat selesai,kadang-kadang makan masa,saya tengok ramai dapat sahaja kunci terus masuk rumah defect kemudian buat,kan dah menyusahkan diri nak minta cuti lagi la...

check list defect:

1-Bawa sticker,ye sticker ini penting sebenarnya ,memudahkan pihak developer untuk melakukan kerja-kerja pembaikan.

2-Kamera-Yang ini penting juga,tangkap gambar tempat yang kamu tak puas hati,ini dapat memudahkan developer dan developer tak kan lepas pandang

3-Jangan karang  macam karangan memang developer macam rasa nak tidor kot,silap-silap diorang tak baca,kalau gambar diorang lagi cepat siap.


Perkara yang penting check untuk defect ialah:

1-Buat ponding test dekat tandas,kalau beli rumah landed ataupun aparment...ini penting kalau terdapat leaking diorang akan buat waterproofing kembali,caranya sumbat floor trap dengan kain dan isi air supaya tandas bertakung dan tinggalkan selama 2 hari,kalau rumah bawah terdapat resapan air maka,water proofing dia fail la...

2-Check semua air samada berfungsi atau tidak dan check semua plug eletrikal samada berfungsi atau tak

3-Tiling ,yang ini penting check semua tiling samada hollow atau pun tidak ,caranya ketuk je guna kunci atau pun payung ke kalau dia berbunyi maknanya hollow...pihak developer ada alatnya..kalau nak beli alat dia pun tak apa...jangan ketuk dengan benda keras macam tukul ke apa..kalau pecah developer tak mahu tanggung ok..

4-Checklah semua dinding ada crack atau tak

5-Check semua floor trap ada tersumbat atau tak,lantai bilik air bertakung ke tak,lantai living rata ke tak,nanti beli perabot tiba-tiba masuk meja ,senget meja...heheheh...ada jadi dekat rumah bos saya tempat lain...


Ada lagi ,tapi buat masa ini,ini sahaja la...ok..

Sesiapa nak beli wonder cheese...wa saya ye 011-15657200 ,sampai depan rumah pun boleh kami hantarkan...ramai agent di seluruh negara..ok..


Wednesday, May 4, 2016

Semangat kembali bisnes

Assalamualaikum

Sudah agak lama saya tak menulis blog,cuma sejak kebelakangan ini saya sudah aktif balik beblog dan berniaga....

Saya memang minat berniaga daripada dulu lagi,jadi sekarang saya aktif berbisnes balik..

Alhamdulillah saya baru start minggu lepas menjual wonder cheese,kerepek yang sangat sedap,terasa cheesenya dan sedikit spicy,sesuai dengan semua peringkat,makan bila-bila masa sahaja,sekali makan nak lagi dan lagi....


sambutan memang menggalakkan,saya ada agent di ipoh dan saya agent shah alam...Tempahan raya dah buka,sesiapa yang ingin menempah untuk raya bagitahu saya ,nanti kalau lambat sangat dah habis stock menyesal pulak...



Penghantaran percuma  seluruh semenanjung malaysia..

Sesiapa yang berminat boleh WA saya 011-15657200

WONDER CHEESE
AGENT SAH

Saturday, April 16, 2016

Doa kawan-kawan

Assalamualaikum...

Pentingnya doa kawan-kawan

Ceritanya macam ini...sejak daripada GST diperkenalkan saya sering sahaja bawak bekal ke office...

tempat kerja dengan kedai makan yang murah memang jauh...tambahan ada GST memang tak bebaloi...saya set kan target saya untuk menyimpan dalam seminggu saya setkan hanya RM30 sahaja duit untuk makan....Alhamdulillah memamg menjadi...dapatlah saya menyimpan duit...caranya saya bawa bekal dari rumah ...hampir setiap hari,saya bawa bekal...

kawan-kawan office cakap

"Eh Liana nak kumpul duit pergi Mekah"

Malas nak pening kepala,saya jawab

Ah

atas doa kawan setiap hari,termakbulah doa mereka

kalau kawan mengutuk atau cakap benda yang tak betul...tapi memberi kebaikan...aminkan sahaja...

Sunday, April 10, 2016

pengalaman mengerjakan umrah bersama anak kecil

Assalamualaikum...


Agak lama saya tak menulis blog ini,bukannya apa cuma sibuk sedikit dengan anak...


Alhamdulillah tanggal 13 March 2016,saya berpeluang untuk menunaikan umrah bersama Keluarga Mak mertua saya.

Saya masih ingat lagi,suatu ketika dulu...Mak saya pernah bercakap kalau ada peluang ke Luar Negara,pergilah Ke Mekah dulu,terdetik di hati,berkali berdoa...Akhirnya impian menjadi kenyataan..bersyukur dengan Rahmat yang diberikan oleh Allah.


Ramai kawan-kawan cakap jangan bawa anak kecil mengerjakan umrah,nanti susah nak beribadah,Alhamdulillah Allah permudahkan Urusan kami,Sebelum Ke sana saya banyak membaca blog,buku panduan,vedio-vedio  ceramah umrah dan menghadiri kursus mengerjakan umrah.

Selain itu juga,banyakkan berdoa semoga segalanya dipermudahkan.Saya selalu cerita dekat Humaira tentang Mekah,ada lagu yang saya download memberi gambaran tentang Mekah ,Sampai sekarang Humaira masih dengan lagu "Waiting for the call",tanya Humaira rindu ke ? dia jawab "Rindu",Insyallah akan ke sana suatu hari nanti..

Kami sekeluarga bertolak daripada Lapangan terbang KLIA pada pukul 10.30pagi dan sampai dijeddah pada pukul 2.30petang,Kami ambil pakej tabung haji,Alhamdulillah segalanya dipermudahkan,sampai saya aiport terus ambil bagasi dan check pasport dalam masa satu jam sahaja semua urusan selesai..

Humaira tak meragam,malah lagi excited adalah,lari dalam air port terus kena tangkap dengan pak arab..
dia ciumnya humaira..

Kami sampai dihotel dalam pukul 7 malam,mandi  makan dan solat seterusnya mengerjakan umrah,rasa bersyukur sangat dapat melihat kabah didepan mata...betapa kerdilnya diri ini disisi Allah,bertapa sayup hati ini...Urusan mengerjakan umrah dipermudahkan ALLAH...

Perasaan tenang itu memang tak dapat dinegara lain,betapa tenangnya ketika berada disana...setenang-tenangnya...

Manusia berlumba-lumba untuk mengerjakan ibadah di Masjidil Haram,kena masuk satu jam awal ke Masjidil Haram kalau tak memang kena solat dekat Luar lah..

Memang saya rindu suasana itu,manusia berlumba-lumba untuk beribadah kepada ALLAH,di Mekah dan Madinah memang kalau waktu solat memang kedai-kedai semuanya tutup.

Pergi ke sana ,memang saya tak fikir nak shopping bagai,memang untuk beribadah,cari hadiah untuk mak dan ayah pun kejap je...jumpa terus beli sebab tak mahu lepaskan peluang untuk solat berjemaah...biasanya lepas solat asar,saya akan stay dekat masjid sampai waktu insyak baru balik...

Humaira tak banyak meragam,di sana memang banyak kawan,humaira siap dapat hadiah lagi....humaira banyak habiskan masa dengan kawan-kawan baru dia,daripada pakistan,indonesia,arab dan banyaklah lagi...jadi siapa yang nak bawa anak kecil jangan risau,banyakkan berdoa ,ALLAH akan permudahkan urusan kita...

Tanya Humaira,nak pergi mana? dia jawab nak tawaf..

Saya selitkan beberapa item yang perlu dibawa untuk membawa anak kecil mengerjakan umrah

1-Pamper-Perlu dibawa kerana di Mekah atau madinah memang susah nak dapatkan pamper,kena cari satu kedai dan satu kedai ,kerana kebanyakan anak pak arab memang dah dilatih untuk tidak memakai pamper sejak umur 11 bulan...kalau ada pun mahal..husban cakap,tak payahlah bawa banyak pamper,kita beli sahaja dekat sana,sampai sana dah lah susah cari,untuk 36pcs harganya 50 rial

2-Ubat-Ubatan -Ubat demam,batuk,muntah,cirit birit,selseme,losyen badan dan krim muka kerana cuaca panas,dekat mekah dan Makkah tak ada klinik ,yang ada farmasi,ubat-ubatan dia mahal

3-Makanan anak- susu pastikan cukup,harga mahal disana,biskut yang anak selalu makan sebab kadang-kadang anak kecil ini susah nak makan,macam humaira dekat mekah nak makan ayam goreng sahaja yang lain tak mahu,sampai madinah baru makan nasi dengan ikan patin goreng...betul-betul selera malaysia

4-Pakaian sejuk -Dekat dalam masjid memang sejuk pastikan anak pakai pakaian sejuk..

Itu sahaja pengkongsian daripada saya...



Saturday, October 31, 2015

Resepi kuliy tortilla

Assalamualaikum

Dah lama tak menulis,hari INI ana nak share resepi kulit tortilla yang sering ana buat

2 cawan tepung  gandum
1/2 cawan air panas
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
1+1 /2 sudu besar yougurt
1 sudu besar minyak zaitun

Cara nya

Campurkan semua bahan Dan Gaul dengan air panas dahulu,kemudian Baru air suam

Dan tutup dengan Kain basah 20 minit

Dan canai dia dan masak dekat pan non stick



Thursday, February 19, 2015

Resepi bebola kentang chess baby 11month

Assalamualaikum,resepi INI saya dapat Dari group hmsf tapi diolah oleh saya

Bahan-bahan

Bahan A
2 biji kentang
Setengah batang lobak merah
1 keping roti (di bakar selama 5 minit Dan diblender halus)
Satu sudu besar serbuk ikan bilis
1 batang stick Cheese jenama bego dikisar halus

Bahan B
1 keping roti (sama Cara diatas)
Telur

Cara-caranya

Stim atau rebus kentang Dan lobak merah

Dah masak,kisarkan atau lenyekkan

Gaul semua bahan A

Kemudian bentukkan bulat Dan sadur dengan telur Dan serbuk roti

Siap

Selamat mencuba

Humaira suka macam ni