Jom Click Sini

jom click sini

Wednesday, November 19, 2014

Resepi makanan bayi 8 bulan ke atas...

Assalamualaikum dah lama saya tak menulis blog....tapi masih ramai yang membaca blog saya...terkejut melihat tabung nuffang...ada duit yang  masuk....syukur Alhamdullillah...

Sini saya share resepi makanan bayi 8 bulan ke atas...Alhamdulillah Humairah memang kuat makan...seronok saya tengok dia makan..bersemangat..


Resepi pertama

Bahan
Oat
kurma
Air

Caranya

Selepas rendam oat semalaman masak atas api air,oat +kurma sampai masak


Resepi ke dua

Bahan

Beras(Dikisar halus)
Unsalted butter
Kurma
Ayam
Tofu Organic
Labu

Caranya

Panaskan periuk...Letak unsalted butter...letak ayam...lepas itu tambah air,ayam,labu,tofu..beras yang sudah dikisar  dan kurma sampai masak..


Resepi ke Tiga

Bahan

Beras(Dikisar halus)
Unsalted butter
Kurma
Ayam
Sayur Kailan 
Labu

Caranya

Panaskan periuk...Letak unsalted butter...letak ayam...lepas itu tambah air,ayam,labu,sayur kailan..beras yang sudah dikisar  dan kurma sampai masak..

Resepi ke empat

Bahan

Beras(Dikisar halus)
Unsalted butter
Kurma
Ayam
Sayur Kailan 
Carrot

Caranya

Panaskan periuk...Letak unsalted butter...letak ayam...lepas itu tambah air,ayam,Carrot,sayur kailan..beras yang sudah dikisar  dan kurma sampai masak..



Resepi ke lima

Bahan

Beras(Dikisar halus)
Unsalted butter
Kurma
Ayam
ubi keledek 


Caranya

Panaskan periuk...Letak unsalted butter...letak ayam...lepas itu tambah air,ayam,ubi keledek,sayur ..beras yang sudah dikisar  dan kurma sampai masak..


Resepi ke enam 

Bahan
Oat
Pisang kaki
Air

Caranya

Selepas rendam oat semalaman masak atas api air,oat  sampai masak,lepas sejuk oat blender dengan pisang kaki

Resepi ke tujuh

Bahan
Oat
kiwi
tembikai
Air

Caranya

Selepas rendam oat semalaman masak atas api air,oat sampai masak,lepas sejuk oat blender dengan kiwi dan tembikai...

Resepi ke lapan 

Bahan
Oat
Apple 
Sweet potato
kurma
Air

Caranya

Selepas rendam oat semalaman masak atas api air,oat +sweet potato+ apple+ kurma sampai masak..

Resepi ke sembilan 

Bahan
Oat
Dragon fruit 
Air

Caranya

Selepas rendam oat semalaman masak atas api air,oat sampai masak,lepas sejuk oat blender dengan dragon fruit..


Resepi ke sepuluh

Bahan

Beras(Dikisar halus)
Unsalted butter
Kurma
Ayam
Tofu Organic
bayam

Caranya

Panaskan periuk...Letak unsalted butter...letak ayam...lepas itu tambah air,ayam,bayam,tofu..beras yang sudah dikisar  dan kurma sampai masak..


Gambar tak ada sebabnya....tak sempat nak ambil gambar...humairah nak makan...Humairah dia takkan makan kalau petang makan benda yang sama dengan makanan tengah hari...kena masak lain-lain







Tuesday, July 1, 2014

Nur Hazwani Humairah

Assalamualaikum...

Sudah lama tak update blog....kerana masa yang tiada..

Seindah namanya Nur Hazwani Humairah...

Kebahagian itu terpancar dengan kehadiran Nur Hazwani Humairah...

Comel  orangnya...

Humairah sejak dia pandai baby talk macam-macam hendak disembangkan

Masa mula-mula dulu hantar rumah pengasuh isnin hingga jumaat moody sahaja moodnya...tak mahu bercakap kalau lepas ambil dia.

Tapi sekarang mahu juga bercakap..cuma masa balik memang humairah akan moody sikit tapi lepas pukul 8 malam dia akan bercakap...baby talk...

Riuh  rumah dengan suaranya...

Yang paling kelakarnya...Humairah hari sabtu dengan Ahad dia tak mahu tidor,humaiah  akan bercakap,ajak Atuk ,Ayah dia berdukung sahaja..memang tak mahu duduk diam...kalau letak di tilam,mesti mulutnya bising mintak diangkat.

Humairah anak yang baik...

Sejak sebulan yang lalu,saya kena pergi kerja naik kereta sendiri...jadi sayalah yang kena hantar humairah,kerana Ayahnya kerja di KL...

Humairah tak menangis duduk dalam car seat,lagi dia suka adalah....kalau dia nak start menangis saya akan pujuk Humairah dan berjanji sampai sahaja rumah saya bagi dia susu...Memang sampai sahaja  rumah...saya letak barang memang dia tuntut janji dia..

Alhamdulillah sampai sekarang saya masih Bf kan humairah...Humairah dekat rumah pengasuh tak banyak minum,hanya minum lebih kurang 6 0z - 8 Oz sahaja...

Sebelum saya pergi kerja memang saya akan susu kan Humairah dahulu dan lepas balik kerja memang Humairah akan melekat dengan saya sampailah pukul 7mlm...dan berhenti dalam satu jam...dan akan sambung sampai lah dia tidor....

Kalau ada saya,memang dia tak mahu botol..kalau bagi botol dia akan buat main-main sahaja..Humairah lebih suka direct terus daripada saya...Humairah hanya akan minum guna botol kalau dia betul-betul lapar sahaja...

Alhamdulillah rezeki Humairah murah,penuh almari Humairah dengan baju pemberian kawan-kawan,adik beradik saya,kawan mak mertua,saudara mara...Syukur dengan rezeki daripada ALLAH..

Semoga humairah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang Solehah...

Comel anak mama...

Love u sayang Nur Hazwani Humairah..

Tak sabar nak balik ambil Humairah.


Thursday, June 5, 2014

journey breastfeeding

Asalamualaikum...

Dah lama tak update blog ke sayang ini....kesibukan kerja dan anak....

Alhamdulillah...saya dah masuk kerja selama sebulan dan anak saya breastfeeding......

Semasa dalam pantang....susu saya memang meriah....banyak sangat susu...sampai basah baju...

Tapi lepas sahaja berpantang...susu semakin berkurang...

Memang salah saya...semasa berpantang saya tak buat stock susu...kemalasan untuk mengepam...

Bayangkan esok nak berkerja...stock susu saya cuma ada lebih kurang 24 oz sahaja....betul rasa nak menangis...Mil dan Fil suruh beli FM...memang saya down sangat...dalam hati memang nak beri susu ibu...

Memang saya tahu....masa dia lahir,dia minum susu FM selama lima hari...kerana saya tak beberapa sihat....dan susu tak banyak...tapi lepas Humairah balik rumah...memang saya breastfeeding...

Saya memang degil...tak mahu Humairah minum FM selepas dia keluar hospital....

Bayangkan sebelum pagi masa saya mula-mula nak masuk kerja...saya pam hanya dapat paling banyak 2 oz...memang sedih sangat....

Saya cuba baca blog-blog ,macam mana nak kasi susu banyak...tanyak group...saya cuba buat power pumping...memang berhasil....susu tak lah banyak tapi dapat juga...

Saya cuba minuman Longan dan Kurma merah segera..memang membantu...saya beli yang ini...


sumber google

Saya minum juga hoclik...memang membantu..susu saya bertambah....

memang perjalanan untuk breastfeeding...memang berliku-liku...kadang-kadang saya mula give up...nak bagi susu formula sahaja...

Tapi husban cakap...sayang beruntung sebenarnya...anak kita minum susu badan...

Kadang-kadang rezeki yang ALLAH berikan pelbagai...

Rezeki Humairah anak mama..minum susu badan...

Saya berharap,Humairah  rezekinya murah...amin




Thursday, May 29, 2014

Gaza





Kita beruntung sebenarnya berada di Malaysia,Aman tanpa peperangan...Jom bersama-sama kita menderma dan berdoa agar kesengsaraan mereka di sana berakhir..amin

Sedih melihat anak-anak kecil yang kehilangan ayah dan ibu...dalam hati kejamnya mereka..tak ada perasaan ke mereka melihat anak-anak kecil tiada ayah dan ibu...sayu hati saya...

Marilah beramai-ramai membantu mereka...

Tuesday, April 1, 2014

Pengalaman temuduga J41

Assalamualaikum

Dah lama hantar dekat SPA baru pertama kali dipanggil untuk temuduga J41..jawatan jurutera..

Masa mula dapat surat tawaran,tarikhnya dekat dengan tarikh saya bersalin pada 26.3.2014..

Tengok balik laman webnya..dapat tahu boleh tukar tarikh kalau ada sebab tetentu..

Jadi saya pun tulis surat kepada SPA untuk di awalkan tarikh temuduga..

Dapat diawalkan kepada 14.3.2014

Tapi saya bersalin pada 14.3.2014.suami tulis surat kepada SPA buat rayuan supaya saya dapat attend temuduga pada tarikh asal..


Rayuan kali kedua diterima sebabnya alasan yang kukuh..

Hari ke 15 berpantang saya pergi temuduga..

Panel yang hadir dua orang..

Soalan yang ditanya ialah

1.Ceritakan skop kerja anda sekarang
2.Apakah halangan dan cabaran yang anda hadapi bagi project tersebut..
3.Disebabkan saya keja dekat site,panel tanya pasal test cube.. Cara mengatasi masalah di site project..
4.Lepas itu ditanya juga macam mana nak tahu air itu selamat di minum,sebab jawatan jurutera di kementerian kesihatan Malaysia.
5.Sekiranya ditawar ke sabah sarawak terima tak tawaran

Banyak soalan yang ditanyakan lebih kepada penyelesaian masalah..penat otak memikirkan jawapan tersebut

Ada rezeki Insyallah dapat....

Tuesday, March 25, 2014

MH 370

Assalamualaikum

Terasa sedih dengan berita yang di umumkan Perdana menteri

Pembantu juru terbangnya pernah datang ke  majlis kawin saya haritu..kawan kepada kawan suami

Saya yang tidak punyai apa-apa hubungan pun terasa sedih sangat  ini kan pulak ahli keluarga mangsa

Sebagai orang islam kita kena redho dengan apa yang berlaku