Jom Click Sini

jom click sini

Sunday, March 20, 2011

AYAM MASAK GULAI LEMAK TEMPOYAK

Hari ini cuti.......seronok kalo dapat sesekali cuti terasa nikmatnya....hari ini teringin masak gulai tempoyak...g pasar mini tak ada jual ikan yang ada ayam....k...hari ni saya cuba untuk masak gulai tempoyak ayam.....sedap juga rasa nya...huhuhu...

RESEPINYA :

BAHAN-BAHANNYA:

5 Ketul peha ayam

Bahan ditumbuk

2 ulas bwg pth
2cm halia
2cm kunyit hidup
7 biji cili padi
2 btg serai -dititik shj


3 sudu besar tempoyak
daun limau purut
daun kesum
Air
asam keping-jika tempoyak tak masam
garam
gula


CARA-CARA MEMASAK:
1.bersihkan ayam
2.Masukkan ayam,bahan-bahan yang telH ditumbuk,serai,daun kesum,daun limau purut,air
3.Biar sampai mendidih
4.Kemudian letak garam dan gula secukup rasa
5.masak sampai kuah pekat
6.Angkat n hidangkan


Selamat mencuba

Tuesday, March 15, 2011

SamBal Udang

Hari ni teringin nak makan sambal udang,memang menjadi saya punya favorite udang....K,ni resepi sambal udang,selamat mencuba

BAhaN-BaHanNya:

1.Setengah kilo udang

bAHan yang perlu ditumbuk

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

2.cili kering yang telah dikisar
3.3 sudu besar sos cili
4.Minyak
5.air asam jawa
6.asam keping
7.garam
8.gula

Cara-cara memasak

1.Panaskan minyak dan goreng udang sampai masak,angkat udang tersebut
2.Kemudian pakai minyak yang goreng  udang tadi untuk menumis
3.Tumis bawang merah,putih dah halia sampai garing
4.kemudian letak cili yang dikisar,masak sampai pecah minyak
5.kemudian masukkan air asam jawa,asam keping.
6.masukkan garam dan gula secukup rasa
7.biar kuah mendidih
8.akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng
6.Biar  selama 5 minit
9.kemudian hidangkan

selamat mencuba.....memasak untuk orang tersayang,sebenarnya lagi best,ibu ana rindu nak masak untuk ibu....miss u so much

AnDaInya lelaki tahu

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda


saya ambil daripada facebook, by sarawak

ImPIaN



Tajuk citer hari ini adalah impian........Masa kecik2 dulu aq bercita-cita untuk menjadi seorang engineer....




aq pun belajarla rajin-rajin,daripada SEk Teknik Sampailah Universiti.Jurusan yang aq pilih adalah Kejuruteraan awam...kerana cita-cita aq ingin menjadi seorang engineer.....ayah aq merupakan seorang kontraktor,memang impian dia untuk aq menjadi seorang engineer....akhirnya untuk mencapai cita-cita abah aq pun ambil la jurusan kejuruteraan awam....sekarang aq telah capai cita-cita abah..aq merupakan seorang projeck engineer di Satu Padu Engineering....betapa aq gembira kerana cita-cita abah telah tercapai....seronok menjadi seorang engineer ni,menjadikan kita seorang yang matang...tugas engineer ialah menyelesaikan masalah.....beberapa tahun lagi aq bercadang untuk belajar diluar negara untuk capai cita-cita saya menjadi seorang pensyarah .

Saya merupakan seorang yang suka pergi melancong.melihat keindahan alam............



disinilah bermula impian saya untuk pergi melancong dengan orang tersayang.Saya sebenarnya dah bosan g melancong bersendirian.dulu sebenarnya saya berkeras tak mahu berkawen,kerana saya takut rasa kecewa.....Cik abang ni la punyala bersabar dengan saya.......dulu pemikiran saya,kalo kawen cik abnag ni je kena kumpul duit,sebab nak tahu dia bersungguh-sungguh nak kawen dengan saya keq tak....Akhirnya segalanya saya tukar pemikiran saya....saya sebenarnya kena berusaha bersama-sama untuk membina mahligai yang saya impikan barulah hidup kami bahagia....Perkawenan ni saya cakap dengan cik abang saya tak nak berhutang...buat majlis sekadar yang mampu sahaja....ni perkawenan saya,saya nak cash,kumpul duit sama-sama pun saya tak kisah asalkan perkawenan ni tak ada hutang....biar majlis yang berlangsung ni sederhana tapi dikemudian hari kami bahagia...dalam percintaan kami,banyak dugaanya,yang pasti cik abang ni bahagia...Saya dengan cik abang tengah kumpul duit untuk membina impian kami berdua..harap-harap hujung tahun depan kami berkawen.....saya nak hubungan yang sah bersama dengan cik abang ni,tak mahu buat maksiat,berdosa sebenarnya kami selalu keluar bersama,saya tahu.....sambil-sambil kumpul duit,saya juga suruh cik abang ni mendalami ilmu agama,supaya dia dapat membimbing saya..
saya rindu sebenarnya masakan mak dia....korang semua doakan saya dengan danial fitri bahagia sampai akhir hayat.kkkk



Lucukan gambar ni,cik abang ni kuat tidor...saya takut nanti jadi macam ni.....hehehhehe,danial jangan marah tau,sayang awak...

Friday, March 11, 2011

resepi asam pedas

Dah lama saya tak bercuti kerana sibuk menjaga projek...maklumlah tugas sebagai engineer.....Hari-hari makan luar....dah bosan makan luar...hari ini saya masak asam pedas ikan tenggiri....Dibawah resepinya:

REsePI AsaM PeDas IkaN TenGeri

BaHaNnYa:

Setengah Kilo ikan Tengeri

BaHaN A
3 ulas bawang putih
2 cm  Halia
2 cm Kunyit Hidup
3 ulas bawang Merah
2 btg serai yang diketuk


BaHaN B

Cili kering yang dikisar
daun kesum
2 helai daun limau purut
Bendi
Asam Jawa
Air
Garam
gula
minyak

CaRa MeMaSak:
1.Bahan A ditumbuk hingga lumat
2,Panaskan minyak dan tumis sampai garing
3.Masukkan cili kering yang dikisar dan tumis sampai garing
4.Masukkan sedikit garam dan gula
5.Masukkan air asam jawa  dan air
6.Masukkan juga daun kesum dengan daun limau purut
7.Masak sampai air medidih
8.Lepas 2 Masukkan ikan 
9.Lima minit kemudian masukkan bendi.
10.10 minit kemudian hidangkan.

SeLamat Mencuba....SaHaja Kumpul Resepi...Nanti lupa...heheheheh