Jom Click Sini

jom click sini

Sunday, November 3, 2013

Resepi ikan patin masak tempoyak

Assalamualaikum...

Hari sabtu hari tu balik temerloh...memang baru je mengidam nak makan ikan patin masak tempoyak...

dalam perjalanan balik kampung selepas menghadiri majlis perkahwinan sepupu husban...Mother in law berhenti di kedai jual ikan patin sangkar....MIL beli tiga ekor ikan patin....wa dalam hati akhirnya tercapai hajat....

Petang itu MIL cadang nak masak gulai tempoyak,tapi tempoyak habis...jadi masak asam je lah...

Esoknya,saya dengan husban balik awal pagi sebab husban kerja...jadi sampai sahaja rumah terus rendam ikan patin...masak nasik...seekor ikan patin habis saya makan...terlepas hajat...

Resepi ikan patin tempoyak...

Resepi ini ringkas je...senang tak banyak bahan:

Basuh ikan patin dengan asam jawa +  tepung...rendam dalam masa 10 minit sahaja..jangan rendam  lama sangat nanti hilang kemanisan ikan...

Bahan-bahannya

1 ekor Ikan patin
2 sudu besar Tempoyak
Garam secukup rasa
1helai daun kunyit
kunyit hidup
2 asam keping
Air
4 Cili padi

Cara-caranya:

1.Kisar cili padi+ kunyit hidup(jangan kunyit serbuk tak sedap)
2.kemudian masuk kan bahan kisar +ikan patin + asam keping +garam+tempoyak
3.Perap selama 10 minit
4.Kemudian masuk kan air sampai ikan tenggelam
5.hidupkan api dan masak
6.Sedia untuk di hidang

Selamat  mencuba...

1 comment: