Jom Click Sini

jom click sini

Monday, August 6, 2012

Pulau-pulau yang dalam list honeymoon

Salam Ramadan..

Kawin pun belum,tapi sudah fikir nak pergi honeymoon...kata kakak saya....Memang saya suka pergi melancong...Masa zaman belajar dulu habis duit pergi bercuti dengan kekawan..memang seronok kalau diingatkan zaman Universiti...

Langkawi memang tak masuk dalam list nak pergi honeymoon sebab dah banyak kali pergi...Langkawi memang sesuai kalo nak pergi shooping coklat,murah-murah...Langkawi ini memang kalo kita ikut pakej memang murah-murah,biasanya saya ambil pakej dekat jeti...Memang tak lari bajetlah...hotel-hotel dekat sana ada yang murah,ada yang mahal..tapi memang berkualiti sesuai dengan harganya...


Cherating pahang pun cantik juga,dulu saya pernah jaga site dekat sana,hari-hari pergi pantai,air dia oklah tapi tak lah sejernih pulau redang atau sipadan.Cost nak pergi cherating pun tak mahal,boleh rehat-rehat..Hotel dekat cherating pun murah je,ada Holiday villa,makanan dekat cherating memang mahal tapi ada juga yang sedap ikan bakarnya..kalo dari cherating nak balik KL bolehlah singgah dekat Kuantan,pergi makan dekat SARA THAI ,berdekatan dengan bagunan TNB,ikan kukus asam limau memang sedap dekat situ..tapi saya dah pernah pergi tak mahulah pergi cherating untuk honeymoon nak pergi tempat lain pulak...

Pulau-pulau dimalaysia  yang saya teringin nak pergi honeymoon


1)Pulau sipadan


Sumber:Google

Sumber:Google


 Air dia memang cantik,sesuai untuk snorkeling dan diving.Tadi ada terbaca Ex-B2B " anaztasia tie the knot" buat review tentang dia bersama husban pergi honeymoon dekat pulau sipadan,memang cantiklah.boleh jadi satu rujukan nanti..

2)Pulau Tioman

Sumber:google

Pulau tioman ini terletak  dekat Pahang.Memang cantik walaupun saya tak pergi lagi.

3)Pulau Redang 

Sumber:Google 

Pulau ini terletak di negeri Terengganu, kawan saya sudah pernah pergi,memang cantik pulau ini,dia cakap harga pakej memang berpatutanlah...Alang-alang dah sampai terengganu boleh pergi ke aktiviti candat sotong.Incik Tunang pun cadang first honeymoon nak pergi Pulau ini...

4) Pulau Perhentian


Pulau perhentian ini terletak di Terengganu,terbahagi kepada dua iaitu pulau perhentian besar dan pulau perhentian kecik...maklumat lanjut sila tekan link di bawah



Pulau-pulau di Malaysia pun cantik-cantik,manalah pilihan hati incik Tunang nanti,mintak-mintak sipadan yang first.

                                                                         


















4 comments:

  1. wit2..pulau tuuuuuuh!!!i likeeee

    ReplyDelete
  2. Wslm. yeay sokong pulau !! kitorang pun suka pulau2.. Insya Allah akan datang akan review pulau lain plak :) tq for the link dear :)

    matta fair kt pwtc bulan 9 ni yea. eh promote plak hehe :)

    ReplyDelete
  3. tengok blog akak jelousnya...akak dapat pergi honeymoon dekat pulau sipadan mesti bestkan...ok nanti saya try g matta fair...tak pernah pergi lagi..

    ReplyDelete
  4. Salam... Peminat pulau, ya? Esok2 try la Phuket... Bila dah nak beralih mood..

    ReplyDelete