Jom Click Sini

jom click sini

Tuesday, July 1, 2014

Nur Hazwani Humairah

Assalamualaikum...

Sudah lama tak update blog....kerana masa yang tiada..

Seindah namanya Nur Hazwani Humairah...

Kebahagian itu terpancar dengan kehadiran Nur Hazwani Humairah...

Comel  orangnya...

Humairah sejak dia pandai baby talk macam-macam hendak disembangkan

Masa mula-mula dulu hantar rumah pengasuh isnin hingga jumaat moody sahaja moodnya...tak mahu bercakap kalau lepas ambil dia.

Tapi sekarang mahu juga bercakap..cuma masa balik memang humairah akan moody sikit tapi lepas pukul 8 malam dia akan bercakap...baby talk...

Riuh  rumah dengan suaranya...

Yang paling kelakarnya...Humairah hari sabtu dengan Ahad dia tak mahu tidor,humaiah  akan bercakap,ajak Atuk ,Ayah dia berdukung sahaja..memang tak mahu duduk diam...kalau letak di tilam,mesti mulutnya bising mintak diangkat.

Humairah anak yang baik...

Sejak sebulan yang lalu,saya kena pergi kerja naik kereta sendiri...jadi sayalah yang kena hantar humairah,kerana Ayahnya kerja di KL...

Humairah tak menangis duduk dalam car seat,lagi dia suka adalah....kalau dia nak start menangis saya akan pujuk Humairah dan berjanji sampai sahaja rumah saya bagi dia susu...Memang sampai sahaja  rumah...saya letak barang memang dia tuntut janji dia..

Alhamdulillah sampai sekarang saya masih Bf kan humairah...Humairah dekat rumah pengasuh tak banyak minum,hanya minum lebih kurang 6 0z - 8 Oz sahaja...

Sebelum saya pergi kerja memang saya akan susu kan Humairah dahulu dan lepas balik kerja memang Humairah akan melekat dengan saya sampailah pukul 7mlm...dan berhenti dalam satu jam...dan akan sambung sampai lah dia tidor....

Kalau ada saya,memang dia tak mahu botol..kalau bagi botol dia akan buat main-main sahaja..Humairah lebih suka direct terus daripada saya...Humairah hanya akan minum guna botol kalau dia betul-betul lapar sahaja...

Alhamdulillah rezeki Humairah murah,penuh almari Humairah dengan baju pemberian kawan-kawan,adik beradik saya,kawan mak mertua,saudara mara...Syukur dengan rezeki daripada ALLAH..

Semoga humairah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang Solehah...

Comel anak mama...

Love u sayang Nur Hazwani Humairah..

Tak sabar nak balik ambil Humairah.