Jom Click Sini

jom click sini

Wednesday, August 8, 2012

Kedai Bakery sekitar Shah Alam dan Bangi

Salam Ramadan

Tadi saya pergi jalan-jalan cari barang nak buat homemade coklat...cari coklat compound la apa lagi...
Mula-mula nak pergi kedai bakery Pandan dekat seksyen 7,tapi akak ajak pergi Bagus dekat seksyen 13...

Bagus ada buat jualan murah sempena hari raya coklat compound..Milk compound jenama bery1 untuk 1kg  ialah RM13.90,biasanya dekat bagus RM15.80..Jenama selborne 1kg ialah RM13.50.


Dibawah adalah alamat kedai bakery yang selalu saya pergi.

Bagus
56-59 Jalan Rugbi 13/30,
Seksyen 13,41000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
03-55110688

Kedai yummie memang murah jual barang bakery untuk homemade coklat,coklat compound jenama bery1 hanya RM12.50 sahaja,chocolate mold pun murah-murah dalam harga RM5.00 keatas,memang baloi pergi sana,tapi yelah jauh dengan shah alam.

Yummie Bakery Ingredients,
Seksyen 9 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,

Kedai Bake With Yen pun murah kalau nak cari  chocolate mold,dari start harga RM4.00 keatas ikut kualiti mold lah.

Bake With Yen,
82 Jalan Badminton 13/29,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Kedai Pandan pun murah kalau nak cari Coklat compound,harga untuk 1kg jenama bery1 hanya RM14.50 ,lebih murah dari Bagus sebelum bagus sale lah.

Pandan Pusat Bekalan Bakery,
12 Jalan Plumbum P7/P,
Pusat Komersial Seksyen 7,
Shah Alam(Behind wisma Jakel)
Monday-Sunday
9.30am-9 p.m

Saya dah survey kedai-kedai diatas,masing-masing ada mahal dan murah barangannya...

Apa lagi pergi serbu lah kedai diatas...

2 comments:

  1. saya pernah pergi yummie. besh !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yummie memang best barang-barang dia murah-murah....tapi jauh sangat dari shah alam

      Delete