Salam semua...
Saya pun tak tahu ada orang baca atau tak,blog ini sekadar pengkongsian sahaja...
Jangan kita hina yang miskin itu,mana tahu orang yang miskin itu suatu hari nanti akan jadi lebih kaya daripada kita...
Saya pernah rasa susah,saya pernah rasa bagaimana dihina kerana tak ada duit,saya juga pernah merasa bagaikan peritnya tak ada duit untuk membeli makanan,saya pernah rasa bagaimana peritnya mencari duit untuk sesuap nasi,saya juga pernah dihina kerana tak mampu nak beli baju baru masa raya..
Kerana saya pernah hidup susah saya belajar bagaimana nak hargai setiap titik peluh saya...
Jangan kita hina orang yang miskin itu kerana dia tak mempunyai duit,saya pernah rasa,macam tercarik-carik perasaan saya sebenarnya,apabila kita ada duit banyak saudara,banyak kawan tapi apabila kita langsung tak ada apa-apa..semuanya hilang macam itu sahaja...
Itulah saya selalu beringat...
Apasalahnya orang yang miskin itu kita bantu daripada kita hina mereka,yang miskin itu kita berikan kata-kata semangat kalau kita tak mampu untuk bantu daripada segi kewangan,bagilah nasihat yang berhemah daripada kita kutuk-kutuk dia.
Kalau kita mampu,apa salahnya yang miskin itu kita bantu daripada segi kewangan,kita bantu dia untuk mulakan berniaga,bantu dia untuk mencari sumber kewangan,kan lebih baik..dapat dia mengubah kehidupan dia...
Orang yang miskin,kadang-kadang bukan mereka tak mahu ubah hidup mereka,cuma kadang-kadang mereka tak tahu macam mana nak mula untuk ubah hidup mereka,mereka mahu tapi kadang-kadang mereka tak ada duit untuk mula berniaga,mereka tak ada ilmu dan kemahiran untuk mula berniaga..apasalahnya kita yang mampu menolong mereka? daripada hina mereka?
Hari ini mungkin kita berada di atas,tapi mana tahu suatu hari nanti orang yang kita hina yang menolong kita...jadi renung-renungkan..
No comments:
Post a Comment