Assalamualaikum semua...
Sudah lama tidak menulis....
Alhamdulillah masih lagi bernafas dibumi ALLAH....
Bersyukur kerana diberikan nikmat yang tidak terhingga...
Perjalanan saya masih baru sahaja bermula...
Nikmat mata...
Betapa saya bersyukur kerana diberikan dua biji mata untuk melihat...
Betapa nikmat yang tak patut saya persia-siakan...
Dua hari lepas...cermin mata saya hilang sebenarnya...
YA ALLAH betapa seksanya hidup ini...bagaikan hidup dalam bayang-bayang...
betapa kerdilnya diri saya ini...
Kerana nikmat yang saya dapat,saya persia-siakan sahaja...Ya Allah....
Betapa sebagai manusia kita sering terleka dan terlupa dan hanya akan ingat sekiranya nikmati itu ditarik balik...
Hargailah sementara masih ada,kerana nikmat itu akan hilang sekiranya kita sia-sia kan nya...
Nikmat sihat sebelum sakit
Nikmat kaya sebelum miskin...
Bersyukurlah..kerana kita masih lagi mempunyai mata untuk melihat..jangan mengeluh dengan kehidupan kita...belajarlah bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada kita...
Bersyukur kerana masih lagi bernafas dibumi ALLAH....masih lagi diberi kesempatan untuk memperbaiki kesilapan yang telah lalu....
No comments:
Post a Comment