Jom Click Sini

jom click sini

Wednesday, November 7, 2012

Kenapa laki curang

Salam semua..

Saya setiap petang tengok cerita Julia pukul 7-8 malam di TV3,tetarik nak tulis kenapa laki curang...susahkan nak dapat laki yang setia...Nisab perempuan pun lebih banyak daripada laki sekarang..

Dulu saya pernah cakap,semua laki sama sahaja tak pandai nak setia...tiba-tiba kawan saya cakap..Habis itu ayah hang bukan laki ke? terdiam saya..

Walaupun saya belum kawin persekitaran saya terdedah dengan lelaki,yelah budak ofis saya semuanya lelaki..memang macam terasa nak je cari kerja lain...tapi tunggulah dulu..

Bebalik pada cerita saya...kenapa lelaki curang? diantara faktornya

1.Kurangnya perhatian daripada si isteri selepas dapat anak,kawan saya sendiri mengaku kenapa dia curang dengan isterinya,sebabnya bininya asyik-asyik dengan anaknya..saya tanya dia lah hang pun satu,kenapalah lah tak tolong sama jaga anak...kan kalau sama tolong lebih mengeratkan hubungan..

2.Bini tak masak,ini pun kawan saya cakap,dia curang sebabnya bini dia asyik-asyik ajak dia makan luar...akhirnya dia bercinta dengan taukeh kedai makan,sebabnya taukeh kedai makan itu layan dia dengan baik,pagi bagi sarapan,tengah hari layan dia makan...mak saya sendiri cakap nak jaga suami jagalah perutnya..

3.Bini selalu tuduh dia curang...akhirnya dia cakap dia betul-betul curanglah...

4.Bini dia langsung tak tanya dia pergi mana,balik pukul berapa,keluar dengan siapa...akhirnya dia cakap bini dia tak sayang dia...la..kalau tanya pun salah tak tanya pun salah...jadi cakaplah secara berhemah..dia cakaplah...

5.Bini dia tak jaga penampilan,dulu dia cakap bini dia sebelum kawin mekap cantik-cantik tapi lepas dapat anak langsung tak mekap...lepas itu saya tanya dia...la yang hang kedekut sangat keluar duit bagi dia beli barang mekap buat apa? kedekut pada bini tapi tak kedekut pada perempuan lain..


Itu je lah,tapi sebenarnya komunikasi yang kurang berkesan,yelah apabila kita berterus terang tentang ketidak puas hati kita,kan lebih baik daripada  kita cari orang lain...laki memang susah nak difahami..

Ada kawan saya berpesan,kalau laki curang janganlah kita layan dia dengan buruk,itu menambah lagi kekusatan hubungan,cubalah bertenang layan dia dengan lebih baik,biar dia fikir...beruntung aku punyai isteri macam ini,dia ada cakap berdoalah semoga hubungan yang terjalin berkekalan dan bahagia...


Boleh ke saya jadi sekuat itu?


2 comments:

  1. Nak tambah... kawan saya cerita... bininya asik kol je time keje. Setiap 10 minit kol. Malula kawan.. semua orang dah kenal sangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu satu,lelaki pun naik rimas...diorang kata,berhemahlah dalam menjaga suami,tak terlalu queen control dan tak ambil berat..sedang-sedang sahaja..pelik kan laki ini..

      Delete