Salam semua..
Tersenyum gembira Incik Tunang tak jadi pergi Qatar,baca entri sebelum ini...walaupun gajinya banyak di Qatar..Tapi saya lebih suka Incik Tunang bersama saya dan keluarganya...walaupun gaji disini tak banyak..tapi saya percaya dengan rezeki yang dijanjikan oleh ALLAH andai kita berusaha,ALLAH sentiasa mendengar rintihan setiap hambanya yang sentiasa berdoa...
Kehidupan saya,banyak yang ALLAH tunaikan permintaan saya,sentiasa kita dekatkan diri kita pada ALLAH,andai doa kita sentiasa tidak dimakbulkan olehNya...
Andai ALLAH lambat makbul permintaan kita,jangan kita berputus asa berdoa dan beribadah kepadanya..kerana sesuatu yang terjadi banyak hikmah yang tersembunyi..
Andai ALLAH turunkan ujian kepada kita,jangan kita putus asa dan mengeluh kerana ALLAH sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita,munasabahlah diri baiki diri kita balik....perbaiki diri kita balik...sentiasa dekatkan diri kita kepada ALLAH...
Saya bukannya orang yang baik,tapi saya cuba perbaiki diri saya sedikit demi sedikit...semoga saya akan beristiqamah dalam melakukan kebaikan..
Marilah kita bersama-sama hulurkan bantukan kepada rakyat Palestin,marilah bersama-sama kita berdoa semoga ALLAH lindungi rakya-rakyat palestin daripada Yahudi..YA ALLAH selamatkanlah bumi palestin ..Rasa sedih melihat anak-anak Palestin terbunuh..dimanakah kemanusian mereka...
betul. Kadang2 duit ni bukan mampu membeli segalanya kan? Orang selalu cakap "hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri tapi lagi baik hujan batu tu". Insya-Allah..ada rezekinya nnti. Kita tak tahu apa akan jadi di masa depan. Aku setuju. Kita ramai2 berdoa untuk gaza sebab "doa" tu senjata orang mukmin. Kita tolong mana yang mampu. derma, boikot..Insya-Allah..kita dapat selamatkan Gaza =)
ReplyDeletetadi danial telfon,dia dah dapat kerja...jadi tolak ketepi qatar,,,duit bukan segalanya sebenarnya..ada duit pun tak semestinya bahagia...insyallah ada rezekinya...sama-sama kita doa untuk gaza amin
Delete