Jom Click Sini

jom click sini

Saturday, April 16, 2016

Doa kawan-kawan

Assalamualaikum...

Pentingnya doa kawan-kawan

Ceritanya macam ini...sejak daripada GST diperkenalkan saya sering sahaja bawak bekal ke office...

tempat kerja dengan kedai makan yang murah memang jauh...tambahan ada GST memang tak bebaloi...saya set kan target saya untuk menyimpan dalam seminggu saya setkan hanya RM30 sahaja duit untuk makan....Alhamdulillah memamg menjadi...dapatlah saya menyimpan duit...caranya saya bawa bekal dari rumah ...hampir setiap hari,saya bawa bekal...

kawan-kawan office cakap

"Eh Liana nak kumpul duit pergi Mekah"

Malas nak pening kepala,saya jawab

Ah

atas doa kawan setiap hari,termakbulah doa mereka

kalau kawan mengutuk atau cakap benda yang tak betul...tapi memberi kebaikan...aminkan sahaja...

Sunday, April 10, 2016

pengalaman mengerjakan umrah bersama anak kecil

Assalamualaikum...


Agak lama saya tak menulis blog ini,bukannya apa cuma sibuk sedikit dengan anak...


Alhamdulillah tanggal 13 March 2016,saya berpeluang untuk menunaikan umrah bersama Keluarga Mak mertua saya.

Saya masih ingat lagi,suatu ketika dulu...Mak saya pernah bercakap kalau ada peluang ke Luar Negara,pergilah Ke Mekah dulu,terdetik di hati,berkali berdoa...Akhirnya impian menjadi kenyataan..bersyukur dengan Rahmat yang diberikan oleh Allah.


Ramai kawan-kawan cakap jangan bawa anak kecil mengerjakan umrah,nanti susah nak beribadah,Alhamdulillah Allah permudahkan Urusan kami,Sebelum Ke sana saya banyak membaca blog,buku panduan,vedio-vedio  ceramah umrah dan menghadiri kursus mengerjakan umrah.

Selain itu juga,banyakkan berdoa semoga segalanya dipermudahkan.Saya selalu cerita dekat Humaira tentang Mekah,ada lagu yang saya download memberi gambaran tentang Mekah ,Sampai sekarang Humaira masih dengan lagu "Waiting for the call",tanya Humaira rindu ke ? dia jawab "Rindu",Insyallah akan ke sana suatu hari nanti..

Kami sekeluarga bertolak daripada Lapangan terbang KLIA pada pukul 10.30pagi dan sampai dijeddah pada pukul 2.30petang,Kami ambil pakej tabung haji,Alhamdulillah segalanya dipermudahkan,sampai saya aiport terus ambil bagasi dan check pasport dalam masa satu jam sahaja semua urusan selesai..

Humaira tak meragam,malah lagi excited adalah,lari dalam air port terus kena tangkap dengan pak arab..
dia ciumnya humaira..

Kami sampai dihotel dalam pukul 7 malam,mandi  makan dan solat seterusnya mengerjakan umrah,rasa bersyukur sangat dapat melihat kabah didepan mata...betapa kerdilnya diri ini disisi Allah,bertapa sayup hati ini...Urusan mengerjakan umrah dipermudahkan ALLAH...

Perasaan tenang itu memang tak dapat dinegara lain,betapa tenangnya ketika berada disana...setenang-tenangnya...

Manusia berlumba-lumba untuk mengerjakan ibadah di Masjidil Haram,kena masuk satu jam awal ke Masjidil Haram kalau tak memang kena solat dekat Luar lah..

Memang saya rindu suasana itu,manusia berlumba-lumba untuk beribadah kepada ALLAH,di Mekah dan Madinah memang kalau waktu solat memang kedai-kedai semuanya tutup.

Pergi ke sana ,memang saya tak fikir nak shopping bagai,memang untuk beribadah,cari hadiah untuk mak dan ayah pun kejap je...jumpa terus beli sebab tak mahu lepaskan peluang untuk solat berjemaah...biasanya lepas solat asar,saya akan stay dekat masjid sampai waktu insyak baru balik...

Humaira tak banyak meragam,di sana memang banyak kawan,humaira siap dapat hadiah lagi....humaira banyak habiskan masa dengan kawan-kawan baru dia,daripada pakistan,indonesia,arab dan banyaklah lagi...jadi siapa yang nak bawa anak kecil jangan risau,banyakkan berdoa ,ALLAH akan permudahkan urusan kita...

Tanya Humaira,nak pergi mana? dia jawab nak tawaf..

Saya selitkan beberapa item yang perlu dibawa untuk membawa anak kecil mengerjakan umrah

1-Pamper-Perlu dibawa kerana di Mekah atau madinah memang susah nak dapatkan pamper,kena cari satu kedai dan satu kedai ,kerana kebanyakan anak pak arab memang dah dilatih untuk tidak memakai pamper sejak umur 11 bulan...kalau ada pun mahal..husban cakap,tak payahlah bawa banyak pamper,kita beli sahaja dekat sana,sampai sana dah lah susah cari,untuk 36pcs harganya 50 rial

2-Ubat-Ubatan -Ubat demam,batuk,muntah,cirit birit,selseme,losyen badan dan krim muka kerana cuaca panas,dekat mekah dan Makkah tak ada klinik ,yang ada farmasi,ubat-ubatan dia mahal

3-Makanan anak- susu pastikan cukup,harga mahal disana,biskut yang anak selalu makan sebab kadang-kadang anak kecil ini susah nak makan,macam humaira dekat mekah nak makan ayam goreng sahaja yang lain tak mahu,sampai madinah baru makan nasi dengan ikan patin goreng...betul-betul selera malaysia

4-Pakaian sejuk -Dekat dalam masjid memang sejuk pastikan anak pakai pakaian sejuk..

Itu sahaja pengkongsian daripada saya...