kerana sudah lama tak balik pukul lima,hari ni masak banyak,walapun penat tapi memasak dapat release tension...huhuhu....Hari ni saya masak pajeri nenas......kenyang....sukatan bahan ni saya pakai letak je...hehhehe
Bahan-bahannya
NENAS
MINYAK
IKAN BILIS
REMPAH KARI
KERISIK
BAWANG PUTIH
BAWANG MERAH
SANTAN PEKAT
SANTAN CAIR
GULA
GARAM
HALIA
BUNGA LAWANG
KAYU MANIS
BUNGA CENGKIH
BUAH PELAGA
CARA-CARA MASAK
1.Panaskan minyak
2.Apabila minyak dah masak masukkan 4 sekawan
3.Sampai naik bau
4.Kemudian masuk ikan bilis,bawang putih,bawang merah dan halia
5.Lepas bahan2 dah garing masukkan kari dan kerisik yang dibancuh dengan air
6.Apabila dah naik minyak masukkan santan cair sampah mendidih
7.Kemudian masukkan nenas,garam dan gula
8.Biar sampai mendidih dan masukkan santan pekat
9.Masak sampai naik minyak
10.Kemudian hidangkan
p/s : selamat mencuba,gula letak lebih sikit....masakkan ni dia manis2 sikit...Kalo nak gantikan ikan bilis dengan udang kering atau ayam boleh juga...tapi saya lebih suka guna ikan bilis,sedap sikit...ikut cita rasa....resepi ni daripada mak saya....kalo nenas ganti dengan terung pun boleh.....ingat kuah tak boleh banyak sangat untuk masakkan ni baru sedap...hehheh..
No comments:
Post a Comment