Jom Click Sini

jom click sini

Saturday, July 13, 2013

Resepi Nasi Ayam

Assalmualaikum...

Bulan puasa ini penuh dengan juadah bebuka puasa...Alhamdulillah....tahun ini berkesempatan diberi peluang untuk bebuka bersama dengan Husban...Pertama kali....saya bebuka dengan keluarga mertua...

Alhamdulillah....

Nak share resepi Nasi ayam(resepi mak mertua) 
Sahaja tulis dalam blog takut nanti terlupa kalau ingat di dalam kepala otak.

Resepinya:

Sup Ayam:

Ayam
Air
Minyak
Bawang putih 
Halia
Bawang Merah
Garam
Daun bawang

Caranya:

1.Panaskan minyak...tumis bawang putih...dan halia sampai garing...
2.Kemudian masukkan air dan ayam( ayam untuk nasi ayam) dan garam
3.Lepas mendidih keluarkan ayam..
4.Lepas itu masukan bawang merah yang telah di goreng garing 
5.Akhir sekali masukkan daun bawang.

Ayam:

Ayam
Bawang Putih
Halia
Garam
Minyak

Caranya:

1.Peramkan Ayam bersama bawang putih,Halia dan garam selama 2 jam
2.Selepas itu ikut langkah sup ayam
3.Selepas ayam di keluarkan daripada sup...
4.Goreng kan ayam hingga garing...

Nasi:

Planta
Kulit kayu manis
daun pandan
Beras wangsi
Krismis
Bawang Putih
Sup Ayam


Caranya:
1.Panaskan kuali ,masukkan planta.
2.Masukkan kulit kayu manis,bawang putih,daun pandan...goreng sampai garing
3.Masukkan ke dalam beras  yang telah di tos kan air...dikacau rata
4.Masukkan sup ayam...sup ayam yang di atas..sukatan sama dengan sukatan beras..
5.Masukkan  krismis ...tutup penutup periuk dan tunggu sampai masak


Sos Kicap

Kicap kipas udang
Cili padi
Garam

Caranya

1.Tumbuk cili padi...
2.Letak garam dan kicap..siap

Sedap...

Selamat mencuba


No comments:

Post a Comment