Jom Click Sini

jom click sini

Friday, January 18, 2013

Tip membeli insurans nyawa

Macam mana hari ini ok?

Sejak akhir ini terlalu banyak kerja...kepercayaan bos kepada saya....penat sangat...mujur ada herbalife yang beri tenaga pada saya kalau tak mesti balik sahaja kerja terus tidor...

Sekarang minum herbalife bukan untuk kurus tapi untuk bagi tenaga...energy....

Hari ini saya nak share tip-tip beli insuran untuk kemalangan dan nyawa...

Sebabnya ramai yang beli insurans tapi pakai ikut kawan sahaja kan...saya bukan agent insurans tapi sekadar pengkongsian bersama...

1.Baca dulu polisi insurans...ada faham..sebabnya ramai yang beli insurans tapi tak baca polisi pakai tanda tangan sahaja....nanti dah ada masalah baru salahkan insuran kerana tak dapat buat tuntutan...

2.Insuran ada banyak jenis...ada yang termasuk medical card,ada yang tak masuk..medical card ini untung sebenarnya kalau ada sebarang kemalangan kita masuk hospital kita dapat buat tuntutan kepada pihak insuran.

3.Jangan beli kalau orang paksa beli,cuba fahami dulu apa faedah yang kita dapat...kalau orang paksa kita...paksa dia balik....sebabnya yelah kita bayar kalau bayar yang tak bebaloi memang rugikan..

4.Beli lah pada yang full time seeloknya...kerana senang buat urusan...belilah insuran pada yang bertauliah bukannya thrid parties...kalau part time boleh tapi cari yang recordnya elok ok...semuanya kena selidik dulu sebelum ambil....

5.Belilah pada usia kita muda kerana bayaran insuran akan meningkat sekiranya kita mula beli pada usia kita semakin meningkat...

6.Ramai yang tetipu (bukan tetipu tapi tak baca polisi dulu) ada insuran yang boleh buat tuntutan  hanya pada penyakit bebahaya yang sampai stage keempat...cuba baca balik polisi anda..jangan nanti nak lakukan pembedahan kecil ingat ada insuran nak claim tapi tak dapat...baru salahkan pihak insuran tapi salah kita kerana membeli tanpa membaca

7.Ambil lah insuran yang sekali untuk simpanan hari tua anda..

8.Paling penting bacalah polisi dan faedahnya terlebih dahulu....jangan nanti salahkan pihak insuran kerana kita yang salah tak baca polisinya...

Tanyalah betul-betul pada pihak insuran anda sebelum membelinya...


itulah dia antara tip yang saya dapat kongsikan...


2 comments:

  1. life insurans ngn med card Sya rs untung Lg medical card. sbb cover med exp.
    tp kLW company tanggong, OK kot kLW beLi life insurans je. ikot La ape yg kite pk. yg ptg, wajib ad insurans! kan.. =)

    ReplyDelete
  2. Thanks noorliana pasal bukak mata orang ramai pasal macam mana pentingya insuran. Ramai lagi yang tak tau kat luar sana. Ramai jugak yg tak tau apa fungsi insuran ni. Tips ni memang betul sangat2. Jangan main sign je kalau x faham. Bila dapat polisi pastikan agen tu terangkan semua, jgn ambik pastu simpan.

    Lagi satu pasal payment, kalau boleh jangan bagi cash pada agen. Diaorang pun manusia, kalau terdesak hmmm.. Payment seeloknya guna debit card, direct debit daripada akaun utk elakkan kes2 tipu ni. kalau pakai debit @ credit card pulak jangan bagi 3 no kat blakang kad tu.. tu pin no untuk online transaction.

    ok la Kawan2, kalau nak tanya atau ada masalah dengan insuran boleh sms/whatsapp saya, saya cuba yang terbaik untuk terangkan dan tolong mana yg mampu. x ada caj pun.

    Saya x berniat nak promote kat sini, tapi untuk bantu kawan2 lain kalau ada masalah atau ragu2 dengan insuran.

    sms/whatsapp/call
    ahmad
    0132425430
    Prudential Wealth Planner

    **noorliana, kalau komen saya dirasakan tak perlu, saya minta maaf. lizrohaizat boleh delete komen saya. Terima kasih

    ReplyDelete