Jom Click Sini

jom click sini

Monday, July 23, 2012

Cincin Lelaki

            Masih ingat lagi perbualan dengan Encik Tunang 2 bulan yang lalu,Sayang-sayang ,sayang dapat cincin tunang,abang tak dapat ke?  saya yang tengah blur pun cakap,eh laki pun nak cincin tunang juga ke? alamak pening kepala saya..macam mana ni,laki mana boleh pakai cincin emas...pening-pening...saya bincang balik denagn encik tunang,saya jadikan cincin sebagai hantaran masa majlis pernikahan kami nanti...


        Saya tercari-cari lagi cincin untuk lelaki...nak cari cincin apa ini..terbacalah arkitek tentang cincin untuk lelaki di link ini " Klik sini"






      Daripada akitek yang saya baca: 


       Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:


"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".

Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.

Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.


Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.



      Saya tertanya juga,emas putih itu sama ke dengan silver?yelah saya ingat lagi..cincin tunang saya emas putih,siap makcik saya cakap cincin tunang saya silver,kecik hati tunang saya..penat-penat dia beli "silver orang cakap"...


      Search punya search saya jumpa satu artikel haram lelaki memakai emas putih "klik sini"

      
  

 Dalam arkiteknya:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Hukum Lelaki Memakai Emas Putih. Muzakarah telah memutuskan bahawa haram memakai emas putih ke atas golongan lelaki .
Hujahnya:
  1. Emas Putih adalah campuran logam emas dengan logam-logam lain dalam kuantiti yang berbeza-beza.
     
  2. Emas Putih adalah pancalogam yang berbeza dengan platinum walaupun dari segi warnanya sama iaitu putih. Hakikatnya logam platinum tidak mempunyai unsur emas.
     
  3. Jabatan Mufti Selangor telah memfatwakan bahawa hukum haram memakai emas putih sekiranya kandungan emasnya melebihi 50%.

        Jadi saya kena beli cincin perak atau cincin platiumlah....

        Tapi dimana ye disekitar selanggor ni ? ada sesiapa yang boleh cadangkan...




       


   



No comments:

Post a Comment