Jom Click Sini

jom click sini

Friday, July 13, 2012

Resepi Apom Polka dot

Sebenarnya saya suka masak kalo saya,sterss,mcm-mcm saya masak...mana badan tak naik...

Hari ini saya nak share resepi apom polka dot...masa majlis pertunangan,saya ada wat apom polka dot sebagai hantaran tunang saya....

saya ambil resepi ini dari blog apom polkadot link dibawah ,sape-sape nak tempah apom polka dot boleh tempah dekat dia...cantik-cantik...dibawah linknya..

http://apampolkadot.com/resepi-rahsia-apam-polka-dot/

Bahan-Bahannya:

275 gm Tepung Gandum
220 gm Gula halus
150 ml susu Segar
3 makan Baking Powder-diayak bersama dengan tepung gandum
3 Biji telur ayam yang diambil dari peti ais
1 sudu makan Overlette
1 sudu esen vanila
Filling-Periksa yang digemari(Bluebery)-boleh didapati dikedai bakery
Perwarna yang digemari,
cawan kertas.
Acuan kuih..


Cara-Cara Membuatnya:

1.Pukul Telur putih Sehingga kembang(Tak kembang tak jadi nanti)
2.Selepas itu masukkan kuning telur,ovelette,dan esen vanila,pukul sehingga kembang.
3.Masukan gula,Pukul Lagi sehingga kembang.
4.Masukan Tepung gandum yang diayak bersama dengan baking powder,berselang seli dengan susu segar.
5.Masukkan adunan kedalam mangkuk dan dibahagi-bahagikan..setiap mangkuk titikkan perwarna yang disukai.
6.Kemudian masukkan kedalam piping bag
7.Filling pun masukkan kedalam piping bag.
8.Panaskan kukus
9.Kemudian masukkan cawan kertas kedalam acuan kuih.(letak dalam dulang kukus)
10.Picitkan  adunan separuh kedalam cawan kertas,kemudian filing dan akhir sekali  masukkan separuh lagi adunan kedalam cawan kertas hingga penuh.
11.Kemudian kukus selama 15 minit.
12.Siap.

Remark: Ikut resepi ini,jangan banyak sangat susu nanti tak menjadi----saya dah cuba..lembik jadinya..nanti tak gebu,guna api yang sederhana dan salut penutup kukus dengan kain bersih supaya wap air tak jatuh pada  apom...

Ni dia acuan kuih.

Sumber: apampolkadot.com


Ni cawan kertas
Sumber:google image..


Selamat mencuba...





No comments:

Post a Comment