Jom Click Sini

jom click sini

Friday, July 20, 2012

Sunnah Bersahur

Selamat menjalani ibadah berpuasa untuk semua blogger-blogger....

           Hari ini sempat saya bersahur dengan family,cuti balik kampunglah.....insyallah tahun depan dengan  Encik tunang pulak.Sebenarnya saya jarang untuk bersahur,selalunya saya akan bersahur terlebih dahulu sebelum tidor.Tapi selalu dimarahi oleh mak.......akibat tak bersahur....

          Bersahur adalah sunnah Nabi Kita:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan"(Riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:

"Makan Sahur ada keberkatan ,Maka janganlah kamu tinggalkan sekalipun kamu hanya minum seteguk air kerana Allah dan Para Malaikat-Nya berselawat ke atas orang bersahur"(Hadis Hasan)


Mak saya selalulah terangkan Sunnah Bersahur :

Diantara Sunnah dalam bersahur  ialah:

1-Melewat-lewatkan masa bersahur iaitu sekitar tempoh membaca al-quran 50 ayat al-quran  sebelum masuk azan subuh

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan meyegerakan berbuka puasa "(Riwayat  Ahmad)

2-Makan buah tamar  sebagai satu hidangan bersahur

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Sebaik-baik makanan bersahur mukmin itu adalah tamar"(Hr Abu Daud)

3-Tidak makan secara berlebihan..

4-Mengerjakan solat subuh berjemaah selepas bersahur..



Dah bersahur mestilah kena berpuasa

Jaga tingkah laku dan percakapan kita...


Selamat menjalani ibadah puasa...









1 comment:

  1. Betul bagus sebenarnya sahur kan. kalo xlarat sgt minum air masak pun xpe kan :)

    ReplyDelete