Jom Click Sini

jom click sini

Friday, September 7, 2012

Abah tak ada hadiah untuk ana...

Salam semua...

Hari ini genap saya 25 tahun...thanks kepada yang mengucapkan selamat hari jadi kepada saya...

Tadi dalam pukul 2...Abah telefon saya...

Rasa terharu sangat-sangat Abah ingat juga hari jadi saya....

Perbualan di telefon...

Abah: Selamat hari jadi Ana

Saya: Terima kasih Abah ingat juga hari jadi Ana...

Abah: Tapi Abah tak ada hadiah untuk Ana...

Saya: Tak pe,Abah dah bagi apa yang sepatutnya untuk ana

Abah...

Walaupun Tanpa hadiah...

Tapi sepanjang 25 tahun ini...

Ana betul-betul berterima kasih kepada Abah kerana 

Abah dah didik ana menjadi orang yang berguna...

Abah berkerja keras setiap hari demi membesarkan ana menjadi orang yang berguna...

Abah didik Ana untuk menjadi seorang yang tabah  menghadapi hari-hari yang mendatang...

Ketika Ana sakit...Abah cepat-cepat cari ubat walaupun ketika itu abah tak ada duit...

Ketika Ana dalam kesusahan...Abah cepat-cepat berusaha membantu Ana...

Ketika Ana dalam kebuntuan mencari arah...

Ketika Ana dalam kesedihan....

Abah sentiasa bersama Ana...

Cakap sahaja Ana nak makan apa...Cepat-cepat Abah belikan...

Ketika Abah lihat anaknya kelaparan cepat-cepat  Abah cari makanan...

Ana berasa sangat beruntung dapat Ayah macam Abah...

Mungkin Abah tak bagi Ana kekayaan...tapi kasih sayang yang Abah tunjukkan betul-betul buat Ana  terasa kerdil...

Peristiwa yang paling ana ingat sampai sekarang...

Ketika Abah datang Ke Teluk Intan hanya menaiki bus,waktu itu hujan lebat  hanya kerana risaukan Ana tak cukup makan...Thanks Abah

Ana tahu kadang-kadang Ana jelous Abah manjakan Kak Ani sahaja...

Tapi sebenarnya  Abah sayang semua Anaknya...

Thanks lot Abah kerana membesarkan Ana....

Tak akan ada orang yang sama macam Abah...

Love u so much Abah...








No comments:

Post a Comment