Jom Click Sini

jom click sini

Monday, August 13, 2012

Kehidupan yang susah

Salam ramadan,

kisah 7 tahun yang lalu masih teringat di dalam minda saya ...memang kuasa tuhan penuh dengan hikmah yang tersembunyi...bersujud syukur dengan kuasa ALLAH....

7 tahun lalu,ayah yang seorang contractor terpaksa mengadaikan hartanya untuk membayar hutang,apabila perniagaan abah jatuh,apabila abah muflis...memang terasa sangat betapa susahnya hidup yang biasanya hidup senang tiba-tiba hilang sekelip mata sahaja

Apabila dulu rumah yang besar ,tiba-tiba rumah menjadi kecik,hanya satu bilik sahaja abah mampu sewa...Memang terasa susah sangat...Apabila raya tak ada istilah raya,baju tiada,lemang lagilah,kuih muih lagi lah...sambut raya macam tak raya...memang sedih sangat waktu itu...

 memang marah abah,abah kenapa buat keluarga kami macam ini.

Menyalahkan abah,tak habis-habis bertahun-tahun rasa itu terpendam dalam hati...

Apabila raya ,terpaksa berkerja untuk mencari duit,meringankan beban keluarga...

Abah tak pernah datang melawat semasa belajar...tak cukup duit...

Apabila  hidup ini dihina oleh saudara,masyarakat hanya kerana miskin,apabila raya terpaksa tutup pintu kerana tak ada juadah untuk diberikan tetamu..memang sedih sangat...


Benar setiap sesuatu yang terjadi ada hikmahnya....barulah saya tahu,apa maknanya raya yang sebenarnya..

Bukan juadah yang terhidang,bukan baju raya,tapi adalah beraya bersama-sama dengan keluarga dan mengingati orang yang lebih susah...menghulurkan bantuan kepada orang susah supaya sama-sama dapat beraya...

Kata-kata emak saya.

Ana dah tunaikan zakat ke? Ana ada berikan sedekah ke? selalu ibu saya ingatkan saya,walaupun sedikit ana sedekah tapi  sekurangnya dapat membantu...ingat macam mana kita susah dulu...


Hari ini,hidup saya  sudah berubah,sikap Abah juga sudah berubah,yang dulunya hanya mementingkan perniagaan,tapi sekarang Abah lebih mementingkan keluarga...memang kehidupan saya jauh berubah daripada kehidupan dahulu...

Bersyukur kerana ALLAH,sayangkan saya...ALLAH berikan ujian bukan bermakna dia tak sayang kita tapi DIA mahu kita lebih dekat denganNya dan ingin memberi sesuatu yang lebih baik daripada sebelum ini...


P/s :Berkongsilah kegembiraan dengan orang lain,bersederhanalah menyambut bulan  hari raya...




No comments:

Post a Comment