Semalam kali ketiga bebuka puasa bersama Encik Tunang,tak cadang pun nak buka puasa dekat luar,tapi masih berada dekat KL dalam pukul 6 petang tak sempat nak balik,jadi carilah kedai...
Semalam pagi saya dgn Tunang pergi HOB &STS anjuran herbalife..nanti saya buat entry pasal ini
Bebalik pada cerita bebuka puasa,semalam saya dengan Encik Tunang berbuka puasa di Restoran Makan Cina Muslim MohdChan Abdullah dekat Kelana Jaya,
Restoran Makan Cina Muslim MohdChan Abdullah ini banyak cawangan,diantaranya Shah Alam Seksyen 15,kelana Jaya,Wangsa Maju,Bandar Baru Bangi...rujuk ""mohdchan"
Gambar lauknya,tak dapat diupload kerana internetnya lembap.
Saya dah 4 kali makan dekat restoran mohdchan,ikan siakapnya segar dan sedap,ikut selera saya.
Semalam makan Ikan Siakap 3 rasa,dim sum ,Butter Prawn dengan Baby kailan ikan masin...makannya dua orang tapi habis licin..
Macam-macam menu ada,tapi sebab semalam Seksyen 15 penuh pergi lah cawangan kelana jaya.Ada perbezaan dari segi menunya..sebab kelana jaya tak ada itik BBQ.
Cawangan seksyen 15 ada menu itik BBQ,memang sedap ,Encik Tunang yang tak makan itik, habis licin dia makan,sebabnya daging itik yang dimasak tak bebau..
Stim siakap "teow chew Style" dan stim siakap "Cheong Zheng" mesti cuba kalau pergi Restoran Mohdchan,
Nak tengok gambar pergi laman webnya ""mohdchan",
Ini ada alamat restoran seksyen 15,call dulu sebelum datang,memang selalu full booking
Shah Alam Seksyen 15,
33&35 Jalan Utas B,
Seksyen 15/B,
40200 Shah Alam,
Selangor
No tel:03-55118228
Kelana Jaya,
B-G-06-07,Jalan SS6/20,
Dataran Glomac,Pusat Bandar Kelana Jaya,
47301 PJ,Selangor (Behind Bank Islam)
No tel:017-8828861
Tak rugi mencuba....
No comments:
Post a Comment