Salam
Semalam,angan-angan hari ini dream...la lebih kurang jelah....
Nasib baik tak ada orang baca blog saya,saya enjoy tulis blog saya...
Semalam angan-angan hari ini impian saya...baru balik event STS herbalife,laju sahaja saya menulis blog ini...tulis dalam blog untuk ingatkan saya..apa impian saya..
First impian saya,saya nak kawin...
Wa gatal hang ye Cik Liana,serius memang saya nak kawin,saya ke hulur ke hilir dengan Incik Tunang baik kami berkawin sebenarnya,lagi senang kami nak pergi ke mana sahaja,lagi pun kami sekarang join herbalife lagilah selalu keluar bersama-sama,kan lebih baik kami berkawin tak ada menambah dosa yang sedia banyak...
Saya bukannya nak perkawinan yang mewah sekadar nikah dulu pun tak pe,tapi apa kan daya..apabila..tarikh sudah ditetapkan..tak kan dapat saya ubah dan percepatkan..redo sahaja..memang ada orang kata berkawin tak tentunya bahagia,sengara ada lah..tapi semuanya atas ketentuan olehNya..
Lepas kawin dah selesai,Impian tolong adik -beradik dan orang yang memerlukan bantuan untuk berjaya..
Insyallah apabila saya sudah berjaya nanti,sekarang saya belum stabil,apabila saya sudah stabil saya akan bantu adik-adik saya untuk berjaya...orang-orang susah pun saya akan tolong untuk mereka berjaya dalam hidup mereka..saya pernah hidup susah,saya tahu,\orang yang susah ini bukannya tak mahu ubah hidup mereka tetapi mereka tak mampu dari segi kewangan dan kemahiran..Insyallah apabila
saya sudah berjaya saya akan bantu mereka,Anda sudah bayar zakat?bayarlah zakat bagi sesiapa yang belum membayarNya..kehidupan saya dulu berubah kerana menerima zakat,saya ingat lagi ketika saya mahu melanjutkan pelajaran ijazah saya tak ada duit,zakat perak yang bagi duit pendahuluan untuk saya mula belajar,alhamdulillah berkat usaha saya tekun belajar,ijazah saya disponsor oleh JPA,bersyukur sangat dengan rezeki daripadaNya..
Bawa mak dan Abah menunaikan haji
Mak saya memang teringin sangat pergi kesini,Insyallah saya akan tunaikan..tapi saya tak cakap dengan mak saya,saya takut bagi harapan pada mak,nasib baik mak saya tak baca blog saya..
Beli rumah untuk Mak dan abah
Saya nak gantikan rumah mak dan abah saya dengan yang baru,saya tahu mak saya berkali-kali inginkan rumah baru,tapi saya tak mampu lagi..terasa sedih sangat tak dapat beri apa yang mak saya nak.
Beli kereta Audi,Rumah 3 tingkat bersama dengan Incik Tunang..
Ini impian kitorang,dah kumpul duit sikit-sikit cuma saya tak bagitahu dia saya simpan duit,yelah..senyapa-senyap..haritu kitorang ada tengok rumah itu,memang cantik sangat,saya tengok dia betul-betul bersemangat nakkan rumah 2..saya tak pernah tengok dia semangat macam itu..kitorang decide Lima tahun dari sekarang,deposite separuh-separuh..memang cantik..rumah bukan atas langit tapi atas tanah..Semoga dipermudahkan..amin..
Bawa family saya dan family Incik Tunang vacation sama-sama
Ini pun impian kami..kami teringin sangat nak bawa family pergi vacation,tapi kitorang tak bagitahu pun lagi..kami nak suprise,kami tak mahu bagi harapan kepada diorang,insyallah sekiranya rezeki kami banyak,kami akan bawa mereka...
Nasib baik diorang tak baca blog saya..
Apa yang paling penting impian saya,saya nak jadi seorang yang istiqamah dalam beribadah kepada ALLAH dan semoga hidup saya semakin hari semakin bertambah iman saya kepada ALLAH..amin
Baru balik dari STS herbalife,itulah semangat nak tulis dream...
Doakan semoga segala impian saya tercapai..amin
No comments:
Post a Comment