Jom Click Sini

jom click sini

Thursday, November 8, 2012

Kenapa berkerja keras dari sekarang?

Salam semua..

Dah macam-macam entri saya letak dalam blog ini..

Cermin mata kena tukar sebabnya...yelah buat kerja dalam cahaya yang gelap...mata pun jadi rosak...padan muka....

Dah lari tajuk...

Pengalaman orang tua kita yang mengubah nasib kita...
Saya berkerja di bidang pembinaan,saya lihat segelintir pemandu lori warga emas,orang cina dalam lingkungan 70 tahun...teringat ayah di kampung...

Seusia mereka sepatutnya berehat dirumah sahaja,kadang-kadang dioranglah yang tolong unloading barang kalau nak cepat..terasa sayu sangat hati saya..teringat ayah di kampung lagi..

Saya tetanya-tanya mana anak-anak mereka? tak ada anak ke? kenapa diorang masih berkerja? haritu pernah juga saya bertanya kenapa masih berkerja? diorang jawab kerana mereka sudah biasa berkerja...kalau diorang tak berkerja diorang tak boleh...

Saya kesian melihat mereka,saya berharap saya dapat bagi kehidupan yang selesa pada mak dan ayah saya..

Tiba-tiba teringat peristiwa  4 tahun yang lalu...

Abah ana tak mahulah sambung degree,tengok abah tak cukup duit je..

Abah: Abah nak juga ana sambung degree,duit akan abah usahakan..abah tak mahu anak-anak abah mewarisi kemiskinan abah..

Saya selalu terfikir,seorang abah sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya...tapi kita ? mestilah nak yang terbaik untuk ayah dan ibu kita...

Tak salah kita berkerja keras pada hari ini jangan kita berkerja keras di usia kita yang sudah tua...renung-renungkan...



No comments:

Post a Comment