Salam semua.
Suri rumah atau berkerja selepas kawin?
Saya dah biasa berkerja,start umur 18 tahun lagi.
Lepas saya kawin,dah cadang untuk terus berkerja,cuma mahu cari kerja duduk ofis sahaja,yelah dah kawin,tak kan nak panjat bangunan lagi? tapi beku juga otak nak menghadap komputer kalau kerja ofis.
Siapa suruh ambil jurusan civil kan dah menyesal,tak menyesal pun,saya seronok dengan kerjaya saya sekarang.
Kenapa saya stay nak berkerja?
Saya anak orang susah,kalau saya tak berkerja macam mana saya nak bagi mak dan ayah saya duit tiap-tiap bulan,kesian diorang dah tua.
Saya dah biasa beli barang guna duit sendiri,paling penting saya memang tak boleh duduk diam,mesti nak buat kerja,jadi saya mesti berkerja.
Macam mana kalau saya dah ada anak nanti?
Itu nanti saya fikirkan,samada nak jadi berniaga dari rumah(herbalife kan ada) ataupun terus berkerja..
No comments:
Post a Comment